
Sebenarnya baking powder bukan sahaja digunakan dalam masakan bahkan bagus digunakan dalam penjagaan tanaman.
Bukan sahaja mudah dipraktikkan malah menjimatkan. Nak tahu detail ikuti perkongsian ni.
KEGUNAAN BAKING POWDER/SODA
Kalo nak hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
* 1 sudu baking powder+1liter air..sembur pada kawasan yg kena
Kalo siput babi
* tabur baking soda keliling tanaman..siput akan melecur kena baking soda.
Kalo daun-daun atau batang-batang bawahnya KEPUTIHAN
*1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu hingga hilang keputihan itu
Kalo ulat rutas yang lobang-lobangkan daun.
*buat campuran baking powder + tepung jagung, tabur pada tanaman.
Kalo semut
*campurkan baking powder dengan sikit gula..tabur dilaluan semut..
kalo nak hapuskan rumput rumpai..taburkan baking kelilingnya..mati dalam 2/3 hari
Sumber : Malmisa Swak Lis Lis
Kenapa Kena Peluk Isteri Setiap Hari? Suami Wajib Tahu Ni!

Akad besar maknanya dalam kehidupan berumahtangga. Kuasa akad inilah yang mencetuskan segala rasa bahagia apabila disahkan sebagai suami isteri. Salah satu kuasa yang hebat kuasa pelukan suami isteri. Mudah.
Tak susah pun nak rasa bahagia, peluk dengan ikhas sahaja dah buat isteri atau suami rasa lega.
Menurut Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, menerusi kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Jerman berkata, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan lebih panjang umurnya sebanyak lima tahun. Kajian ini membincangkan kaitan antara sentuhan dan tahap kesihatan seseorang individu.
Kajian juga membuktikan pelukan setiap pagi mampu membuat sistem reproduktif wanita lebih cergas dan aktif dengan kuasa pelukan ini.
Jadi bagaimana? Mari bentuk semula kuasa pelukan ini sebelum anda melangkah ke pejabat dan lihat bagaimana semua ini memainkan peranan cukup penting dalam keutuhan rumah tangga anda.
Kenapa Kena Peluk?
Seseorang itu dikatakan panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Pelukan ringkas dan tidak bernafsu sebenarnya cukup disarankan setiap pagi, sebelum anda melangkah ke pejabat. Sebelum keluar rumah, peluklah seketika isteri dan kucup keningnya tanda anda menyayanginya.
Remeh pada anda, namun besar maknanya pada si isteri. Ia umpama terapi diri yang dapat melancarkan pembuluh darah ke seluruh anggota tubuh dan pembakar semangat untuk isteri melakukan kerja-kerjanya sepanjang hari. Bukan hanya cantik tetapi bahagia di dalamnya.
Perlu Tahu!
1. Kaji selidik menunjukkan pelukan sang suami kepada isteri mampu gembirakan dan sembuhkan hati isteri yang gundah gulana dan bimbang.
2. Jika anda bersedih, mintalah suami memeluk anda dengan erat supaya ia mampu dilepaskan dan anda akan kembali tenang. Bukan pelukan bernafsu, tetapi lebih kepada penyejukan hati dan buat anda rasa lebih selesa dan selamat di sisinya.
3. Ketika memeluk, dekatkan kepala atau tubuh pasangan ke tubuh kita. Cantuman dan ekanan dari hati ke hati membolehkan pasangan berlaku jujur di antara satu sama lain.
4. Setiap sentuhan lembut anda di pinggang, punggung baik di kawasan belakang badan mencerminkan kejujuran dan kepercayaan yang utuh kedua pasangan. Ini membantu komunikasi terbuka dan lebih jujur. Usaplah tubuh isteri dengan lembut dan pandang matanya ketika berpelukan. Rangkulnya erat dalam pelukan anda.
5. Pelukan dapat melumpuh dan meredakan otot-otot tubuh sekali gus tekanan dalam tubuh. Ketika isteri sedang sakit sama ada senggugut, migrain atau masalah sakit lain, pegang tangannya dan peluklah dia erat supaya meredakan kesakitan yang
dialaminya.
6. Hormon yang terhasil akan meningkatkan pengaliran darah secara sempurna ke dalam tisu-tisu lembut. Belai dan urut lembuttangannya mesra dan beri dia kucupan paling istimewa. Biarkan dia berbaring lena dalam pelukan anda. Tidak mampu membantu secara
teknikal, bantuan psikologi sudah cukup meredakan isteri.
Hanya Guna 3 Bahan ni Jer, Periuk Kaca Hitam Legam & Hampir Rentung Kembali Bersih Tanpa Calar. Mudahnya Petua Ni!

Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.
Rupa-rupanya, menurut Lia Johari menerusi Kelab Kaki Deko berkongsi petua mudah ini.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!
Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.
Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺
“Abang Penyayang Akan Jaga Adiknya. Real Gentleman.” Alisa Takut Dirawat Doktor Gigi, Ini Yang Yusuf Lakukan Bikin Ramai Kagum!

Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Sebut sahaja nama mereka, pasti ramai akan terbayang sekali wajah comel dua adik-beradik ini.
Keletah si adik di Instagram yang sering menyakat abangnya, manakala si abang seorang yang prihatin tetap melayan baik. Ini terbukti ketika dalam satu pemeriksaan rawatan pemeriksaan gigi. Perkongsian Video di akaun instagram mendapat perhatian warga maya yang menunjukkan situasi ketika Alisa berada di sebuah klinik pergigian.
Disebabkan dia enggan memberi kerjasama sehinggalah muncul Yusuf dan masuk ke bilik rawatan tersebut untuk memujuk adiknya.
Apa yang membuatkan ramai terharu bila mana si kecil ini terus membuka mulut selepas abangnya meminta dia berbuat demikian. Kehadiran Yusuf membuatkan adiknya tidak kekok lagi apabila mulutnya diperiksa.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club