Ada antara kita suka kerja kayu iaitu, pertukangan. Malah ada yang melakukan pelbagai DIY untuk menghias rumah. Ada juga menjadikan ia sebagai sumber pendapatan sambilan.
Namun tahukah anda bahawa untuk bertukang perlu ada ilmu mengenai kayu salah satunya adalah memastikan kayu tahan lama terutama dengan serangan anai-anai.
Sebagaimana perkongsian tukang kayu ini, beliau memberitahu cara untuk mengawet kayu agar kekal tahan lama termasuk serangan anai-anai. Ikuti perkongsian ini.
Petua mengawet kayu.
Salam sehobi rakan-rakan tukang sekalian. Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semulajadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat
Sebungkus ubat gegat (moth ball) seperti ini untuk setiap satu liter diesel cukup untuk merawat 1m padu kayu
Ads
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga. Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap.
Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Rak tempat isteri saya menanam bunga dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Ads
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Rak pasu bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Semasa memotong kayu-kayu ini untuk dijadikan rak pasu bunga, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok walaupun terbiar lebih 4 tahun.
Ads
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Orang kata, perangai anak memang mudah dipengaruhi oleh perangai ibu atau bapanya. Ibu ayah menjadi model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anak. Namun jika perkara atau habit buruk yang setiap hari ditunjukkan kepada mereka, maka ke arah itulah juga anak-anak akan bertingkah laku di kemudian hari.
Ini dijelaskan lagi dengan perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini, katanya “Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa.”
Jelasnya lagi, “Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.”
Tambahnya lagi, “Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!”
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak
Jelasnya lagi, “Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.”
“Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.”
“Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
“Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.”
Selain itu turut berpesan, “Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
“Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama. Wallahu A’lam,
Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.
Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.
“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.
Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.
Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.
“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.
“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.
“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.
Lima tahun lalu, Dr Amalina Che Bakri dipertemukan dengan bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah yang menderita kanser ‘germ cell tumor’.
Beliau yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK), menjadi antara orang terpenting dalam pembedahan si kecil ini, yang bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.
Usai pulang ke tanah air selepas kejayaan pembedahan tersebut, hubungan antara Dr Amalina dan adik Ainul tidak putus dan masih berhubung sehingga kini.
Dalam perkongsian baharu ayah kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin, ada memuat naik gambar mereka menghadiri majlis persandingan Dr Amalina dan pasangannya, Alexander Charles pada Ahad. Malah, dia berkata Dr Amalina sebelum ini tidak putus bertanyakan kehadiran mereka ke majlisnya dan mengungkapkan rasa terujanya untuk berjumpa dengan Ainul.
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.
“Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap, ‘kita jumpa malam ni ye’. Tak sabar nak jumpa ainul.” tulisnya.
Malah, Ahmad Safiuddin juga berkata, meskipun sudah lama berlalu, Dr Amalina tidak putus bertanyakan soal Ainul.
“Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.
“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.” tambahnya.
Dalam pada itu, ayah Ainul juga sempat menyelit ucapan terima kasihnya untuk rakyat Malaysia yang banyak berjasa dari dahulu sehingga saat ini.
“Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.
“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih. Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.” jelasnya.
Terdahulu, Ainul Mardhiah, buah hati rakyat Malaysia yang pernah menjadi viral kisah pendertiaan si kecil yang ada kanser mulut Germ Cell Tumor sehingga membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti menitiskan air mata.
Kisah kejayaan adik Ainul yang kuat semangat sehingga berjaya dalam pembedahan membuang ketumbuhan tersebut semasa dia berusia 10 bulan di United Kingdom benar-benar disyukuri oleh semua rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...