Bab menghafal sifir bukan sahaja anak-anak kita agak payah untuk kuasainya malah jika ditanya secara spontan, kita sebagai orang dewasa pun kadang-kadang terlupa juga. Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada cara dan trik yang mudah boleh dipraktikkan oleh anak-anak kita dan tanpa perlu menghafal sifir sekali pun, tetap boleh menjawab soalan berkaitan darab dengan cepat, mudah dan tepat.
Nak tahu bagaimana, fahami apa yang dikongsikan ini. Jom semak.
Sifir Lima
Cukup mudah, contohnya tuliskan terlebih dahulu nombor sifar kemudian diikuti dengan angka seterusnya 1,1 kemudian 2,2 dan 3,3 hinggalah seterusnya secara ke bawah. Kemudian letakkan angka di sebelah urutan nombor tadi dengan bermula nombor lima kemudian sifar secara berselang seli; ditulis juga secara menurun ke bawah.
Sifir Enam
Ads
Uniknya untuk sifir enam perlu menggabungkan jawapan bagi sifir lima yang ditulis menurun ke bawah dan kemudian setiap satu nombor tersebut ditambah dengan turutan angka satu hingga sepuluh secara tertib untuk mendapatkan jawapannya. Cukup unik dan mudah!
Sifir Tujuh
Satu pendekatan yang cukup unik, minta anak-anak kita hafal nombor telefon ini dan dengan mudah secara aoutomatinya menjawab persoalan hasil darab sifir 7 dengan begitu pantas. Ini triknya.
Ads
Sifir 8
Mencari jawapan hasil darab sifir 8 juga tidak lagi membuatkan anak-anak pening kepala. Tuliskan sahaja formula ini dan sekelip mata dapat jawapannya.
Ads
Sifir 9
Teknik ini cukup ringkas, hanya dengan menulis angka sifar hingga sembilan secara menegak ke bawah dan satu bahagian lagi ditulis menaik ke atas, jawapan bagi hasil darab sembilan sudah diketahui dengan mudah tanpa perlu lakukan kira-kira yang mengambil masa untuk diselesaikan.
sumber : #temyraclemanir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon era 90-an, Azah Aziz, mengakui bakal memulakan kehidupan baharu dengan berhijrah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Montreal, Kanada.
Azah dan suaminya juga lelaki warga Perancis, Daud Leroy Abdullah serta tiga orang anaknya sudah berangkat sejak Sabtu.
“Selamat tinggal Montreal, untuk selama-selamanya.
“Permulaan yang baharu, selamat tinggal dan jumpa lagi. Saya akan merindui semua sahabat saya di Montreal,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu, dia memuat naik foto dan video bersama keluarga menunjukkan keberangkatan mereka di lapangan terbang serta ketika penerbangan.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.
Terdahulu, Azah ada memaklumkan dia dan keluarga akan berpindah ke Malaysia sekali gus menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
Azah bagaimanapun terlebih dahulu ke Dubai sebagai transit sebelum pulang ke Malaysia.
Dia juga sempat berseloroh mahu pindah ke Dubai jika orang Malaysia tidak menyambut kedatangannya untuk menetap di sini dengan baik.
“Perhentian pertama Dubai. Dubai akan menjadi rumah kedua saya.
“Kalau netizen Malaysia terlampau, kita lari pergi Dubai,” katanya.
Mengimbangi antara kerjaya dan keluarga agak susah pada zaman moden ini, umum ramai yang lalui pengalaman berkerja dengan terpaksa memberi lebih masa kepada kerja hingga ada keluarga yang terabai. Sedangkan tujuan kita sebagai ibu ayah berkerja untuk keluarga tercinta.
Bila berada di persimpangan antara keluarga dan kerjaya, sebenarnya kuncinya ialah kita sendiri perlu memutuskan apa yang penting untuk diri pada waktu sekarang dan menyesuaikan kerjaya dan kehidupan berkeluarga dengan sewajarnya.
Berkongsi kisah tentang itu, seorang doktor ini berkongsi pengalaman dan pandangannya berkaitan kerjaya dan keluarga di akaun facebook Khairy Malik. Bersama kita baca dan renung-renungkan untuk panduan bersama.
Ramai Orang Pilih Keluarga Dari Kerjaya
Ni luahan aku sendiri. Aku selalu baca kat facebook tentang ramai orang pilih keluarga dari kerjaya. Ada yang sanggup berhenti kerja demi meluang masa bersama anak dan keluarga. Ada yang sanggup tidak sambung belajar sebab nak dekat dengan keluarga.
Aku perasan, ada sesetengah kerja, yang majikan atau orang atasan suka panggil staf di luar waktu kerja.
Ada satu hari tu, keluarga dah plan nak pergi bercuti sama-sama. Tiba-tiba bos anak saudara aku buat meeting tergempar selepas habis kerja. Suruh dia minta excuse tapi tak boleh katanya sebab wajib hadir.
Aku pun geram juga, sudahlah last minute, wajib pula. Sedangkan orang lain pun ada plan dengan keluarga juga.
Pernah Juga Terkena
Dulu aku pernah juga kena. Dulu la. Kerja shif pagi, keluar sepatutnya pukul 3 petang. Ada member datang dari jauh nak jumpa ajak lepak minum. Tiba-tiba waktu pukul 2.50 petang tu, bos datang ajak round. Siap cakap “orang shif pagi jangan balik lagi, saya nak round”. Padahal lagi 10 minit nak balik. Pesakit pula ada ramai.
Aku pun hmm okaylah. Ingatkan sekejap rupanya seorang pesakit tu round lama gila. Satu pesakit tu ada lah 20 minit. Aku pun jenuh nak reject “call” dari member yang dah tunggu aku. Aku pun mesej, “kejap bos aku round. Nanti dah habis aku datang”.
Penyudahnya 4 lebih baru habis. Aku pun call la member aku balik,
“Tak apalah khairy. Lain kali lah kita jumpa. Aku rushing nak pergi KL pula ni. Ada hal”.
Waktu tu sedih, marah , geram semua ada. Sudahlah dah bertahun tak jumpa kawan lama. Dah janji nak jumpa, tiba-tiba last minute jadi macam tu. Tak sempat nak jumpa.
Dan aku tanya kawan-kawan aku di tempat lain pun pernah mengalami perkara yang sama, time nak habis shif tu lah tiba-tiba bos datang nak buat rondaan. Kalau lebih masa tu boleh claim tak apa juga. Kadang tu pernah juga saja berseloroh , “alaaa bos ni orang nak balik dah ni”.
Karang tak pepasal kena, “ala kejap je pun. Bukan lama pun.”
Atau ” saya pun busy, banyak lagi kerja lain. Ni je masa saya ada. Kalau saya yang pakar ni pun sanggup luang masa takkan kamu tak boleh?”.
Pernah tu paling sedap , “ala balik rumah awal-awal pun bukan buat apa pun kan? Bukan ada anak bini pun kat rumah”.
Dia lupa aku masih ada keluarga selain anak bini yang tunggu aku di rumah untuk makan bersama dan buat aktiviti lain bersama.
Merajuk Anak Bini
Eh aku ada kawan yang bini dia merajuk tau. Dia patut balik pukul 5 petang, dah janji nak bawak bini dan anak dia jalan-jalan makan angin waktu petang.
Tiba-tiba pakar dia ajak round last minute. Pukul 6.30 baru balik. Merajuk anak dan bini dia sebab tak dibawa berjalan. Mengeluh member aku luah cerita kat aku, katanya sampai menangis bini dia merajuk cakap dia mungkir janji. Kasihan. Padahal orang dah ada plan bersama keluarga, tapi batal sebab kerja.
Fokus Kepada Keluarga
Tu lah, aku pernah juga fikir patut berhenti ke. Tapi kalau berhenti aku nak mengemis kat kaki lima mana haha.
Kalau kat negara barat, majikan memang tak boleh kacau staf di luar masa kerja. Meeting ke apa pun dibuat waktu masa kerja. Kalau dibuat luar waktu kerja pun, ada bayaran atau insentif.
Tapi tu lah, karang orang cakap kerja tak ikhlas. Nak cakap pasal ikhlas ni, memang geram. Menunggang agama sungguh orang yang cakap macam tu. Ikhlas tu ikhlas juga, tapi ikhlas tak mampu membayar bil aku.
Sekarang bila makin meningkat dewasa, aku faham kenapa ada kawan-kawan doktor yang berhenti sebab tak nak oncall, nak luang masa bersama keluarga.
Ada kawan yang tak nak sambung belajar sebab susah nak berjauhan dari keluarga dan susah nak bahagi masa.
Dan ada kawan yang nak tukar kerja shif ke waktu pejabat, dan ada yang nak tukar jabatan, dan ada yang minta tak nak oncall sebab senang nak fokus kepada keluarga.
Aku harap, majikan dan orang atasan faham, selepas shif kita habis, mungkin kita sudah ada plan dan aktiviti lain yang kita dah rancang bersama keluarga dan rakan. Janganlah buat perjumpaan mengejut atau rondaan last minute sebegitu rupa.
Sekian luahan hati dari manusia tak penting.
*belum ada anak bini tak bermaksud balik rumah awal tak buat apa-apa atau tak ada sesiapa tunggu.
Genap sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu, pelakon, Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D berkongsi pilihan namanya dan suami buat putera sulung mereka.
Gabungan nama klasik dan moden. Begitu kata wargamaya mengenai pemilihan nama anak Dayana, Aryan Andika.
“Bismillahirahmanirahim, hari ni genap sebulan D lahirkan our precious baby boy, Aryan Andika Bin A’dale Adham @aaryanandika.
“Born on 30th december 2023 at 1.56am, weighing 3.02kg ( 37 weeks ), emergency c-section ( emlscs for acute fetal distress),” tulisnya berkongsi.
Melalui hantaran yang sama, Dayana turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru bayinya dalam satu sesi fotografi tetapi tidak berkongsi wajah comel Aryan Andika.
Tambah Dayana lagi, detik kelahiran anak keduanya itu menjadi pengalaman paling berharga malah kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan Aryan akan diingatinya sampai bila-bila.
“Mama akan ingat sampai bila-bila rasa sakit sebelum dan selepas lahirkan @aaryanandika. Satu pengalaman yang mama takkan lupa sampai mati. Jauh beza dengan masa lahirkan @astridraheeya dulu tapi mama bersyukur Aryan sihat & selamat.
“Semoga Aryan Andika menjadi anak yang soleh, anak yang baik, mendengar kata, bijak, disenangi ramai & menjadi pelindung mama & astrid.
“Mama, Baba & Astrid loves you so much Adik Aryan 💖💖 Dengan ini mama isytiharkan kilang ditutup. Sekian terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.