Sejak PKP ni, ramai dah ‘demam’ drama Korea. Jika tak tonton drama ni memang tak jadi kerja lah. Selain jalan cerita yang menarik, pelakon-pelakon Korea semuanya comel-comel dan kacak belaka.
Sudah tentu secara tidak langsung, peminat drama Korea ini terpengaruh dengan gaya hidup Korea misalnya muzik K-Pop dan masakan Korea. Antara trending rakyat Malaysia dengan menu dari Korea ialah Ramen, Jajangmyun, Bulgogi Beef, Jjamppong dan Jokbal Pedas dan Tteokbokki.
Menerusi facebook Masak Apa Hari Ini, Zurina Zulkefli berkongsi resipi Korea Tteokbokki atau rice cake. Rasa pedas manis! Memang sedap. Tteokbokki ini merupakan makanan yang agak popular di Malaysia. Bagi anda yang tidak pernah mencuba, inilah masanya untuk membuat tteokbokki sendiri di rumah!
Boleh cuba ikut resipi ni.
Siapa sini suka makan Topokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.
Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yg senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama mcm pemadam getah (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.
Resepi Topokki:
✓ 1 cawan tepung pulut + 3 sudu besar tepung gandum + secubit garam + sedikit minyak bijan + air suam
✓ Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
✓ Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
✓ Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
✓ Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.
Resepi kuah Topokki:
✓ 3 ulas bawang putih yg dicincang
✓ Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi
✓ Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)
✓ Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
✓ Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
✓ Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan
Selamat mencuba.
Sumber:Zurina Zulkefli