Guna Teh Hijau, Madu Dan Halia Aje Nak Kempis Perut Macam Anak Dara. Mudah Aje Buat Minuman Ni

Share

Beberapa minggu lagi kita akan menyambut Ramadan dan seterusnya bakal meraikan Syawal. Bagi yang memilih baju kebaya tahun ni tentu dah kena pastikan badan kembali langsing serta perut macam anak dara. Solusinya ada jika kita ketahui petua yang betul.

Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.


Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.

In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.

Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan. 

Bahan-bahan

1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau. 
1 inci halia di slice nipis nipis. 
Madu ( ikut suka)

Cara dia kan macam gini:

1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye. 
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye. 
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum. 
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan. 
4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .

Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.  Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.