



Viral Sehingga 44 Ribu Share, Resepi Nasi Dagang Terengganu Turun Menurun Ini Jadi Popular!

Walaupun resepi ini telah viral sekian lama, namun, ia masih tetap popular bagi wanita yang gemar memasak hidangan istimewa buat keluarga. Sebagaimana resepi nasi dagang, walaupun berasal dari Negeri Terengganu, ia menjadi pilihan menu walaupun bukan yang berasal daripada negeri berkenaan.
Keistimewaan menu ini yang terletak kepada nasi dan kuahnya pastinya memberikan rasa yang lazat untuk keluarga menjamu selera. Ikuti cara membuat nasi dagang oleh perkongsian Puan Rasmin Arnie .
Assalamualaikum.. Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun. Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol, Kuala Terengganu. Boleh di katakan femes jugak sampai kerabat di raja turun Terengganu semata nak makan nasi dagang Tok Cik.
Saya kongsikan resepi kat sini, dan baca sehingga habis nak tahu resepi nasi dagang Terengganu turun temurun..Alhamdulillah Perkongsian daripada Norfanil..
Bahan-bahan untuk Nasi:
•4 cawan beras Jati
•1 cawan beras pulut
•3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
•1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
•1 sudu halba
•2 ulas bawang merah
•1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap.Gaul perlahan- lahan agar beras tidak patah.. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan….
Resepi Gulai Ikan Aya :
1.Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
2.Jangan buang air rebusan * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
•1 sudu serbuk ketumbar
•1/2 sudu serbuk jintan manis
•1/2 sudu serbuk jintan putih
•2 hiris lengkuas (dikisar)
•1 hiris halia (dikisar)
•1 biji bawang besar (dikisar)
•3 ulas bawang putih (dikisar)
•3 sudu cili mesin
•1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
•1 1/2 liter santan
•1 batang kulit kayu manis
•1 sudu kerisik
•4 keping asam keping
•1/2 buku kecil gula melaka.
•Sedikit Belacan
•10 biji cili padi
•sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak. ( letak sudu besi atau piring
jika tak santan akan melimpah..
2 Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah
gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam
keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai
dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus.
jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat
atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama. Siap!
Selamat mencuba!
Patutlah Viral Sampai 22K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Celop Ala Thai Yang Lazat & Mudah Nak Buat. Sebiji Macam Di Kedai. Padu!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, walaupun raya ini tak boleh nak sambut besar-besaran tapi tak bermakna anda tak masak untuk keluarga kan.
Apa kata untuk hidangan pagi raya kali ini, ibu-ibu sediakan resipi Mee Celum Ala Thai.
Nak tahu caranya jom tengok perkongsian dari Fatin Shaida. Selamat mencuba!
RESEPI MEE CELUP ALA THAI
resepi mi celup thai ‘sebijik’ macam di kedai Thai yang anda boleh buat di rumah. Mesti puas makan dan satu keluarga nak lagi!
BAHAN- BAHAN
1. Ayam / tulang daging lembu
2. Meatball / bebola daging (celur)
3. Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
4. Daun ketumbar
5. Daun bawang / sup
6. Kangkung / sawi / tauge
7. Kicap pekat
8. Garam / gula / ajinomoto
9. Cili serbuk
10. Cili jeruk (cili besar hijau)
11. Cili api
12. Kacang tanah tumbuk halus
13. Bawang putih goreng
14. Bawang merah goreng
15. Bawang putih jeruk
16. Kicap soya / manis
17. Kicap sotong thai
18. Lada hitam serbuk
19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun
Cara memasak:
1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..
2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.
3. Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.
4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.
6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.
7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus
8. Sedia utk dihidang.
CARA BUAT HIDANGAN PERENCAH PENAMBAH PERASA
1. Cili jeruk – Potong halus-halus , rendam bersama cuka makan
2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudian blend / tumbuk.
4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.
Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.
Tak Perlu Picit Nak Keluarkan Keju, Begini Caranya & Confirm Tak Ada Yang Tertinggal Dalam Bungkusan!

Paling asyik dapat menikmati kek keju yang dihasilkan sendiri. Tentu kepuasannya cukup luar biasa. Pun begitu perasan atau tidak, bila kita menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek keju bukan mudah untuk mengeluarkan keju daripada bungkusannya.
Puas dipicit-picit namun tidak juga dapat dikeluarkan semua keju dan apa yang lebih rugi jika tertinggal banyak lebihan di dalam plastik pembungkus.
Berkongsi tentang tip atau cara betul untuk mengeluarkan keju daripada bungkusannya, @alisyasuez berkongsi info di aplikasi Tik Tok untuk manfaat bersama.
Cara Betul Keluarkan Keju
Langkah 1 : Gunting di kiri dan kanan bungkusan.
Langkah 2 : Kemudian gunting melintang plastik pembungkus.
Langkah 3 : Tanggalkan dengan mudah pembalut dan keju dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam bekas pengadun. Sedikit pun tiada kesan keju tertinggal pada bungkusan.
Watch on TikTok
Sumber : @alisyasuez
ARTIKEL MENARIK:Susu Pekat Tinggi Kandungan Gula, Baik Guna Susu Sejat & Ni Penjelasan Pakar Tentangnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club