Guna Sukatan Cawan Jer, Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Ni Cukup Sedap & Lembut, Gediknya Tak Boleh Bawa Bincang!

Share

Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih ini. Mungkin ada yang dah biasa dengan resipi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resipi kaswi pandan yang sama sedap.

Cara mudah untuk menyediakan sajian kuih tradisional ini dan yang pasti sangat sedap dan cukup lemak manis.
Jom admin kongsikan resipi dari air tangan

Mas Cotek
KASWI PANDAN LEMAK MANIS.. dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu..
pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome…
KASWI PANDAN LEMAK MANIS

BAHAN²
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand
CARANYA


~sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair
~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap
SELAMAT MENCUBA