
Resipi kek coklat ni memang mudah nak buat. Bahan-bahan semua yang dah ada di rak dapur. Cara masak pun guna kukus.

Bahan² coklat :
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Minyak
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
3 Biji Telur
Cara² :
Blend ke semua bahan di atas, kemudian masukkan ke dalam bekas.
Bahan² ayak :
1¼ Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu Kecil Baking Powder
Cara² :
Satukan ke semua bahan & ayakkan bersama. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah di isi bahan² coklat tadi. Adun sebati & boleh dikukus, sesambil tu boleh la cucuk² dengan garfu nak tau masak ke tak kan.
Begitu la, selagi ade tepung kat rumah macam² menu berasaskan tepung mahu dicuba. Seriously, moist je rasa kek ni lagi² tengah panas
Kredit resipi Nor Juliana Isa.
Kredit foto: Nor Ain Nordin
Resipi Kek ‘Pishang Cekelat Cluster Kayangan’. Tak Payah Guna Mixer, Chapchusss Terus Siap!

Dah siap makan tengahari, fikir pula untuk makan. Ye la, anak mentang-mentang duduk kat rumah asyik lapar saja kerjanya!
Dari asyik buat kuih je, jom tukar selera makan kek pula dari perkongsian Rushdi Ramli di laman facebook miliknya.
Ok memandang Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan ni sedap sangat dan moist giler, abe nak share resepi ni kat sini..
Resepi dan cara dia sangat mudah yang amat. Chapchusss siap!! Takyah mixer semua. Godak pakai senduk pun xdahal.. Mesti jadi..
So lets start…
Resepi dan cara pada gambar deh.
Bahan-bahan
4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam. Tapi abe punya tak cukup ripped.. Tapi lantakkan. Haha.
120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
115 gram butter (cairkan)
120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
Vanilla essence sikit
Bahan kering
160 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
80 gram belgian callebout choc
30 gram walnut (lebih pun xpe)
Sedikit Belgian choc dan walnut utk topping.
Abe bancuh 2 resepi untuk hasil dalam gambar tu.
Cara-caranya :-
1) Mula-mula cairkan butter.. Secair kau melihat diriku. Kahkahkah.
2) Lepas tu kau hempuk pisang sampai lumat. Mudah je.. Abe bayangkan ex abe yang tinggalkan abe sebab abe takda kete honda. Haha. Maka lumat la pishang tu.. Ohhh pishanggggnyaaaaaa!
3) Masukkan gula perang.. Tapi macam tak perang sangat ek dalam gambar.. Macam chicken floss plak abe tengok rupa dia kan. Haha. Lantak!
4) Masukkan melted butter yang kau dah cairkan awal2 tadi. Sebelum kau tanya, abe jawab siap2. ” ye guna minyak masak pun boleh.. Takda minyak masak, kau guna je minyak goreng ikan sahur tadi” Hahaha.
5) Masukkan bancuhan buttermilk yang kau dah siapkan.
6) Masukkan bahan kering, sekering hati abe tolak ajakan kau untuk kapel balik.. Pergilah kau dekat abg honda kau tu!!
7) Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Godakkan semua sampai sebati. Jangan ditanya nak letak kacang almond boleh ke bang? Kacang pecan boleh ke bang? Kacang tanah boleh? Letak la dik kacang apapun.. Duit kau.. Haha. Jangan letak kacang panjang sudah.
8) Walaaaaa sikit lagi nak siap.. Masukkan dalam loyang.. Gune je loyang apapun yang ada kat rumah tu.. Xda hal. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.
9) Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut.. Barulah cluster kayangan kek kau…mewah!! Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
Tipss
Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nati… Kang tetibe kau habis bakar, kau tengok coklat dan walnut tu hilang, mula la kau nak cakap ada orang santau kau. Hahahha. Padahal dah ke jatuh ke dasar dah ha..
Ok guys semoga berjaya.
Nak Jimatkan Masa Memasak Boleh Cuba 7 Langkah Ini. Cukup Pantas, Ibu-Ibu Jom Praktis!

Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Telur Masak Gulai Lemak, Confirm Elok Bentuknya Bila Masak Guna Petua Ni!

Menikmati telur itik atau telur ayam yang dimasak gulai lemak diakui memang mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri. Pun begitu, untuk memastikan telur yang dimasak cantik bentuknya dan yang penting tidak pecah, bukanlah mudah.
Namun bila anda buat cara yang dikongsikan oleh Chef Shukri, tidak mustahil setiap butir telur yang diganakan akan terlihat sempurna bentuknya.
Nak tahu detail dan apa rahsianya, ini perkongsian ringkas daripadanya.
Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macamana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.
Petuanya:
- Didihkan air panas.
- Kemudian masukkan 4 sudu cuka.
- Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur.
- Lepas sudah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.
** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club