Guna Sudu Urut Kulit Wajah, Kulit Jadi Anjal, Garis Halus & Kedut Pun Hilang

Share

Sudu boleh dijadikan medium untuk mengurut wajah. Urutan harian pada wajah amat berkesan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan tekanan pada tisu otot. Urutan juga membantu untuk membuang toksin, membantu menenangkan kulit wajah dan meningkatkan peredaran darah.

Di samping itu juga, mengurut wajah juga dapat memberikan melegakan emosi. Menambahkan rutin urutan ke dalam rejim penjagaan kulit wajah membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang awet muda.

Guna Sudu Urut Kulit Wajah

Tidak dapat dinafikan, apabila meningkat usia, mulalah muncul garis-garis halus dan kulit kendur. Malah lingkaran hitam dan bengkak mata mula terjadi. Ini adalah tanda-tanda penuaan yang biasa, kerana ketika kita menjadi tua, keanjalan kulit mula menurun.

Ahli kosmetik pakar perubatan Jerman mencadangkan, urutan wajah dengan sudu mampu mengekalkan kecantikan kulit.

Kredit foto: Freepik

Apa yang membuatkan urut muka dengan sudu ini begitu berkesan?

1. Dapat membantu menyingkirkan cecair berlebihan yang terdapat di dalam tisu.
2. Meningkatkan peredaran darah.
3. Mengurangkan garis halus dan kedutan.
4. Meningkatkan keanjalan kulit.

Kulit Jadi Anjal, Garis Halus & Kedut Pun Hilang

Paling menarik, menurut kajian keberkesanan dapat dilihat dalam masa 12 hari ke 15 hari secara konsisten. Sehari boleh amal pagi dan malam.

Teknik urut wajah ini agak mudah. Anda hanya perlu:

1. Dua sudu besar.
2. Satu mangkuk kecil minyak minyak zaitun dan alovera gel.
3. Sedikir air sejuk dan beberapa kiub ais. Boleh tambah love potion miracle
oil untuk kesan yang lebih baik.

𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐂𝐀𝐑𝐀:

1. Bersihkan muka.
2. Sapu pelembap (DIY tadi).
3. Bersihkan sudu dan letakkan di dalam gelas berisi sedikit air sejuk dan ais kiub.
4. Setelah sudu disejukkan, letakkan pada kulit wajah dan bolehlah mula mengurut wajah.

𝟓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐃𝐔

Sila rujuk anak panah di gambarajah.

1. Mulai dengan dahi.
2 Urut pada kelopak mata dan bawah mata.
3. Urut di hidung.
4. Urut di pipi.
5. Urut di leher.

Setiap gerakan dilakukan sebanyak sepuluh kali. Boleh tambah minyak sekiranya sudu tidak jalan dengan betul. Selesaikan urut boleh cuci wajah dan cuci muka dengan air biasa.
Selalu amal kulit pun tegang

Jika diamalkan mengurut wajah selama 12 hari berturut-turut dengan sudu, hasilnya kulit wajah akan jadi tegang, anjal dan lembut.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II 

Baca artikel berkaitan di sini: Legakan Batuk, Iktiarkan Cara Urutan 3 Titik Di Tangan Macam Lelaki Ni Buat!

Bonding Time Ibu & Anak, Bolehlah Praktis Cara Urutan Ni!

Legakan Sakit Kepala Dengan Urutan & Sebelum Tu Kenal Dulu Bahagian Otot Mana Perlu Disentuh!