![20200626-063032-0000](https://cdn.keluarga.my/2020/06/20200626-063032-0000-25_17_585703-696x406.png)
Perasan tak anak-anak kita suka betul membeli sticker untuk dijadikan koleksi peribadinya.
Kalau hendak dikumpulkan memang macam-macam bentuk dan warna ada.
Anak-anak memang tertarik bila nampak sticker gambar cartoon, bentuk abjad, simbol, manik dan pelbagai lagilah.
Pun begitu jangan ingat sticker tersebut hanya sesuai untuk anak-anak kita sahaja.
Contohnya seperti perkongsian ini, dalam menghasilkan dekor hiasan dinding yang awesone, wanita ini menggunakan sticker manik.
Nak tahu lanjut, jom ikuti langkah demi langkah untuk hasilkannya.
DIY hiasan dinding guna barang dari Eco.Cuba sehabis jimat.
Bahan -bahan yng digunakan : Papan hiasan dinding, manik berpelekat dan cat putih dan ranting.
Step 1: Cat papan hiasan tersebut dan kemudian keringkan. Setelah itu ambil ranting pokok bunga kertas dan spray.
Kemudian gamkam pada papan hiasan tadi mengikut kesesuaian.
Step 2 : Susun manik berpelekat ikut kesesuaian dan kreativiti.
Step 3 : Semakin padat susunan manik tersebut semakin cantik hasilnya.
Step 4: Siap dan sedia untuk digantung.
Sumber : Nani’s Makeover
“Sebuah Solidariti Ummah Untuk Ummah.” Wakaf Al-Quran Untuk Hospital & Pusat Kesihatan, Ikhtiar Demi Manfaat Bersama!
![](https://cdn.keluarga.my/2020/04/quran-2-07_13_915391.png)
Mungkin ramai tak tahu, selain memberi sumbangan dalam bentuk wang, kita juga boleh gunakan wang tersebut untuk wakaf Al-Quran.
Bagi yang ingin tahu, sebenarnya ia merupakan cara menyerahkan sumbangan dengan niatkan atas nama-nama mereka yang menyumbang. Sebagai contoh, meletakkan nama ibu bapa, anak atau pasangan kita baik yang masih hidup mahupun yang sudah tiada atas sumbangan tersebut. Selama mana ianya dibaca, moga mengalirlah pahala buat mereka yang kita niatkan.
Sehubungan itu, satu projek Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan dilaksanakan bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.
Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya.
SSehingga jam 9 pagi selasa 7.4.2020, sebanyak 10,309 naskhah Al-Quran wakaf telah kami terima. Kami mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang kami berikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.
Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah kami buat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanfaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahir ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.
Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
Bagaimana ingin berwakaf?
1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital
2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun
Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
No akaun : 564276516031
Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*
(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)
3. Whatsapp slip bayaran ke
http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia
Meninggal Dunia Ketika 11 Hari Berpantang, Hajat Arwah Bercuti Dengan Suami & Anak Tak Kesampaian.
![](https://cdn.keluarga.my/2018/09/hamizan-new.jpg)
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kegembiraan bergelar ibu dan ayah rupanya hanya seketika. Kehidupan berumah tangga yang hampir memasuki usia setahun, namun terpaksa menerima hakikat dunia mereka kini sudah berbeza.
Si isteri sudah kembali ke dunia yang abadi, meninggalkan suami dan anak tersayang untuk meneruskan kehidupan di dunia sementara.
Bayi yang masih merah baru berusia 11 hari terpaksa menerima hakikat syurga dunianya sudah tiada. Belum sempat bermanja dan menatap wajah ibunya, dia sudah ditinggalkan.
Perkongsian lelaki ini cukup menyentuh hati. Arwah isterinya dikatakan mengalami darah beku di bahagian peranakan selain mempunyai Hipoglesimia (bacaan gula dalam darah rendah) dan juga diabetes semasa mengandung.Namun,keputusan penuh doktor mengenai hal tersebut masih belum diketahui.
Pemergian isteri tersayang perit untuk diterima namun lelaki bernama Hamijan Mijan ini pasrah dan reda. Siapa dia mahu menolak ketentuan takdir.
Tetap sayang awak sampai bila-bila sayang
Gelak tawa mu sentiasa di ingatan ku sayang tak pernah sikit pun hilang dalam ingatan ku , aku bahagia dengan mu sayang , terima kasih atas segala pengorbanan manja dekat abang selama ni , abang sentiasa doakan manja sayang , abang tak pernah lupakan manja walaupun sekejap , abang janji dengan manja abang akan jaga MUHAMMAD HUD HAYYAN dengan sebaik baik nya .
05/04/1995 – 08/09/2018 AL – FATIHA buat mu isteri tercinta
Alhamdulillah semua urusan selesai , terima kasih banyak banyak kepada semua ahli keluarga saya , keluarga mentua , rakan rakan dan sahabat sahabat yang telah bersama saya sepanjang kejadian yang berlaku terhadap isteri yang tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD yang telah meninggal dunia tengah hari tadi .
SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD terima kasih sayang sebab awak menjadi isteri yang cukup sempurna buat saya dan anak sayang .
Saya tetap sayang awak sampai bila bila sayang . Dirimu dalam ingatan ku sayang , terukir senyuman manis mu dihati ku selamanya .
AL – FATIHAH buat isteri tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD .
Hamijan sebelum itu memberitahu, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual-bual seperti biasa. Malah, arwah juga tidak memberikan sebarang tanda.
Selepas bangun daripada tidur, dia mendapati isteri tidak sedarkan diri lalu di bawa ke hospital. Namun, setibanya di hospital isteri disahkan meninggal dunia.
Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis.
Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan. Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia.
Salam takziah semoga tabah dalam menghadapi ujian ini buat suami dan famili arwah . Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Sumber: : Hamijan Mijan , Siakap Keli
Sarapan Di Hotel Penuh Meja Tak Habis, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa.
![](https://cdn.keluarga.my/2021/10/71022989-A570-4599-AE94-01879C962878.jpeg)
Pengumuman boleh merentas negeri yang lalu sudah pastinya khabar gembira buat rakyat Malaysia.
Dengan ini, sudah tentu ada yang bercadang membawa keluarga pergi bercuti. Sudah pastinya penginapan di hotel menjadi tumpuan ramai.
Namun keseronokan itu kadang kala, ada yang alpa dengan persekitaran dalam kehidupan bermasyarakat.
Begitu yang dialami oleh lelaki ini apabila melihat gelagat sebuah keluarga melakukan pembaziran apabila mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Meluahkan rasa kecewa, lelaki ini berharap agar ramai cakna mengenai hal ini untuk mengelak perkara sebegitu berlaku ketika bercuti.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pagi ni saya buffet breakfast di hotel. Biasanya saya lebih suka turun lewat dari bilik penginapan. Kalau ‘last call’ jam 10 pagi, jam 9.30 baru saya turun. Dari dulu lagi memang itulah amalan saya. Alasannya -nak elak kesesakan. Bila turun lewat sikit, keadaan lebih tenang. Makan pun senang. Lagipun saya jenis makan tak banyak. Nasi lemak, sedikit buah dengan kopi O pun dah cukup.
Nak dijadikan cerita, sedang saya minum, datang satu keluarga lima sekeluarga duduk betul-betul di depan meja saya. Suami isteri dan tiga anak. Rasanya anak yang sulung sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah.
Seperti biasa, masing-masing akan mula mundar mandir dapatkan makanan. Kemudian mereka kembali ke meja. Saya lihat mereka duduk bersama, angkat tangan dan si ayah mula memimpin bacaan doa makan. Baguslah begitu.
Selepas itu, kisah pun bermula. Si ayah dan anak-anak mula ulang alik ambil makanan. Lepas satu, satu pinggan penuh makanan di bawa ke meja. Si ayah belum sempat duduk menjamah makanan yang ada, terus dapatkan lagi makanan.
Anak-anak pun sama. Sehinggalah meja besar mereka penuh dengan makanan yang tidak dijamah. Penuh pinggan berisi makanan sampai ada pinggan terpaksa berlapis di atas meja.
Sambil hirup kopi pahit, saya terus lihat sahaja gelagat mereka. Lagipun meja mereka betul-betul di depan saya. Apa nak buat. Itu sahaja pandangan yang saya ada.
Saya lihat walaupun pinggan dah penuh meja, si ayah dan anak-anak terus ambil lagi makanan. Si ibu pula sebab meja dah penuh, mula menggabungkan makanan di dalam beberapa pinggan ke dalam satu pinggan. Dah mengunung jadinya makanan yang bercampur aduk di dalam pinggan.
Lebih kurang sejam kemudian, mereka seperti mula kenyang. Tapi makanan atas meja masih sangat banyak. Ada yang langsung tak bersentuh. Sebelum meninggalkan meja, saya lihat si ayah mula tindan pinggan yang kosong di atas pinggan-pinggan yang penuh makanan yang tidak disentuh tadi.
Pembaziran berlaku
Kemudian datang pekerja pembersihan untuk mengemaskini meja keluarga tadi. Saya lihat beliau menggeleng-geleng kepala bila melihat makanan yang begitu banyak dan belum terusik. Tetapi beliau tetap kena buang. Beliau lihat saya, saya hanya senyum. Beliau kata pada saya ‘sayangnya makanan ini’. Saya sekadar angguk kepala tanda setuju.
Mengapa ada antara kita jadi begini? Membazir makanan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Apakah kerana kita telah membayar maka hak kita untuk membazirkan makanan?
Apakah kita tamak, takut makanan habis maka berlumba-lumba mengambil makanan yang akhirnya dibazirkan? Tak adakah rasa bersalah?
Mengapa sarapan pagi yang dimulakan dengan doa makan seisi keluarga tanda mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan, diakhiri dengan pembaziran makanan tanda kita kufur pada nikmat tersebut.
Saya lihat budaya ini kerap berlaku di kalangan rakyat negara ini dan juga pernah melihat pelancong dari beberapa negara melakukan perkara yang sama apabila mereka datang ke negara kita. Tapi saya kena akui belum pernah ada pengalaman lihat mat salleh buat perkara yang sama . Belum lagi. Mungkin ada.
Walaupun banyak makanan dibazirkan, hotel tak rugi sebab mereka sudah kenakan bayaran. Tetapi kita semua lah yang rugi bila pembaziran berlaku dalam skala yang besar.
Paling mudah, harga barang makanan boleh menjadi mahal bila pembaziran makanan berlaku dengan jumlah yang besar. Ini hukum permintaan dan penawaran dalam ekonomi.
Kos pengeluaran makanan juga menjadi mahal bila pembaziran berlaku. Kos pengurusan sampah dan sisa makanan juga meningkat bila pembaziran yang besar berlaku.
Kitalah- anda, saya dan rakyat seluruhnya yang terpaksa menanggung semua kos tersebut, akibat pembaziran yang dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bersyukur ini.
Sumber: Anuar Ahmad