Dalam banyak-banyak kerja rumah yang dibuat oleh surirumah, selain dari lipat kain, benda lain yang paling berat mak-mak nak buat semestinya gosok baju. Lebih-lebih lagi bila ada anak ramai nak gosok baju sekolah anak, tambah pula dengan baju kerja suami! Tahap lenguh dia tu fuhh menguji iman tau!
Pasang niat nak beli seterika mahal yang jenis wap, berfikir juga jadinya bila tengok harganya!
Tak mengapa, jangan risau dan bersungut lagi! Mak-mak simpan je duit tu, cer cuba try test hacks mudah nak dapatkan hasil gosokan yang licin dua belah pakaian tanpa perlu kalih bajunya dengan hanya guna seterika biasa? Meh tengok tip yang dikongsikan oleh Jules Pitch di laman Tiktoknya ni!
Tip Gosok Baju Mudah Macam Steam Iron
Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya:
-Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
-Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
-Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Nak tengok video penuh? Tengok di bawah ini. Semoga membantu!
@julespitch Belum ada budget beli steam iron philps gosok sebelah boleh cuba tips jimat ni 😍 nanti kumpul la duit beli eh 🫣 #tipsdapur #tipsjimat #steamironphilips #fypdongggggggg #fypシ ♬ salah jodoh – acha
Sumber : @julespitch
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
“Anak Perempuan Ni Kena Banyak Cakap Dan Rapat Dengan Mereka.” Bapa Ini Kongsi 10 Tip Didik Anak Perempuan.
Bukan mudah nak didik anak yang ramai dengan pelbagai kerenah yang diluar jangkaan.
Namun, bukan calang-calang yang mampu untuk mengajar anak agar patuh dan hidup saling membantu dengan adik beradik yang lain.
Bagi Baharuddin Mohammed, yang merupakan bapa kepada sembilan orang anak dengan enam perempuan, mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
Namun, ilmu keibubapaan yang dimilikinya mampu membantu dirinya dan isteri menguruskan anak-anak dengan sempurna. Ikuti 10 tip menguruskan anak perempuannya.
10 Tip Didik Anak Perempuan
.
Keluarga saya besar. Anak saya sembilan orang dan enam darinya adalah perempuan. Paling dewasa 17 tahun dan paling kecil sudah 8 tahun. Saya kongsikan beberapa tip sebagai ayah menjaga anak perempuan.
.
Mendidik anak perempuan berbeza dengan anak lelaki kerana hati mereka lembut. Kalau cakap tinggi sikitpun dah meleleh air matanya. Tapi kita kena banyak cakap dan rapat dengan mereka untuk memastikan mereka dalam landasan yang betul.
Korang bayangkanlah kalau dah 6 orang anak dara dalam rumah. Paling ketara rumah dah macam kedai jual baju dan tudung punya banyaknya pakaian mereka. Tak campur lagi maknya.
.
Nak tunggu bersiap seorang 30 minit. Kalau dah 7 orang setengah harilah jawabnya.
.
Tip ayah ramai anak
=================
.
1. Saya selalu memuji-muji isteri saya didepan anak-anak perempuan. Saya selalu cakap jadikan ibu mereka sebagai contoh. Anak-anak perempuan akan jadikan ibunya sebagai idola mereka.
.
2. Selalu ikut mereka keluar. Jangan biasakan mereka keluar sendiri. Hantarkan mereka kemana sahaja mereka nak pergi. Pesan jangan suka tidur dan duduk rumah orang lama-lama. Anak dara tak manis dipandang orang selalu pergi rumah orang.
.
3. Jadikan mereka kawan. Setiap pagi bila hantar mereka ke sekolah selalu nasihatkan mereka supaya jaga tingkah laku dan sopan santun. Lebih penting pilih kawan, jangan terlalu rapat dengan kawan lelaki.
.
4. Selalu kenal siapa kawan rapat mereka. Ambil tahu apa aktiviti mereka. Selalu tanya dan semak phone mereka. Biarlah orang kata kita kolot tapi anak kita terjaga.
.
5. Minta mereka selalu tolong didapur. Biasakan dengan kerja rumah dan pengurusan rumah. Biasakan mereka membasuh, memasak dan tanggungjawab dengan adik-adik. Berikan tugas mereka untuk pastikan semua barang dapur cukup. Ini semua melatih mereka cekap mengurus hal rumah tangga.
.
6. Berikan peluang pada mereka untuk buktikan kejayaan mereka dengan apa yang mereka minat. Cuba penuhi hasrat mereka. Berikan galakan dan motivasi kepada mereka supaya mereka yakin yang mereka boleh berjaya. Jika ada kejayaan kecilpun hargailah mereka dan puji mereka. Orang perempuan suka dipuji, tapi pujian yang berpada-pada.
.
7. Ajarkan mereka dari kecil dengan perasaan MALU. Jangan belikan baju mereka yang ketat-ketat. Selalu tegur mereka kalau mereka ketawa terlalu kuat atau suara yang nyaring.
.
8. Isteri saya akan pastikan anak-anak saya solat diawal waktu. Mengaji sekurang-kurangnya sehelai Quran sehari, waktu subuh atau lepas solat magrib. Ini terapi paling berkesan supaya anak ini lembut hatinya.
.
9. Jangan sesekali memukul mereka dibadan yang menyakitkan. Jangan sekali memukul mereka sehingga meninggalkan kesan. Anak perempuan bukan sama macam anak lelaki. Kesan itu akan mendalam sehingga ke hati mereka. Nasihatlah mereka dengan cara yang betul dan baik. Mereka selalunya ikut dari apa yang mereka lihat.
.
10. Perempuan perlu pandai dari lelaki. Perempuan perlu lebih ilmunya. Selalu saya ingatkan anak-anak saya. Saya memang mencari isteri yang pandai supaya anak-anak saya juga pandai-pandai. Oleh itu saya minta mereka suka membaca. Saya habiskan RM300 sebulan dengan membeli buku cerita. Galakan mereka membaca.
.
Share dengan suami, share dengan isteri, share dengan jiran…mana tahu ada sesuatu yang boleh mereka dapat dari perkongsian ini.
Luahan Bapa Ini Sungguh Inspirasi Buat Isteri & Anak. Barulah Kehidupan Saling Melengkapi
Nyata bukan mudah untuk bergelar suami dan ayah kepada anak-anak lantaran tanggungjawab yang tinggi demi memastikan keluarga bahagia. Sikap tolak ansur suami amat penting dalam melengkapi perhubungan dalam sebuah kekeluarga. Luahan hati seorang bapa dan suami Ropizam San sungguh inspirasi
?Menjadi Ayah dan Suami PILIHAN Ku.
Biarpun seandainya anak-anak tidak ucap, dan surihati(isteri) tidak meluahkan, namun sebagai seorang lelaki yang ‘dilantik’ Maha Pencipta selaku Ayah dan Suami ‘sementara di dunia’, kita perlu fahami sendiri betapa mereka hakikatnya pasti lebih tenang seandainya kita setiap hari meminta-minta dan merayu pada Allah agar dipanjang dan dijagai kesihatan sepanjang masa buat sekeluarga.
Setiap hari, saya sendiri akan risau andai Allah tarik nyawa pinjaman ini terlalu awal di usia masih tengahan muda.
Guru terdahulu dan ilmu telah mendidik saya, setiap hari itulah doa yang tidak akan saya leka tinggalkan, selain doa khas buat ibu bapa kita. Jika terlupa merayu minta selepas tersedar dari subuh pagi, saya akan merayu di tengah hari. Jika terlupa juga, saya akan pastikan sebelum lelapkan mata di malam sepi, rayuan rutin harian tetap mesti dikumandangkan.
Walaupun kita mengakui dan pasrah bahawa kematian adalah satu kemestian dan tidak mengenal durasi masa bila ia akan sampai masanya, sebolehnya…… kita mahu terus memikul amanah dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin dari air tangan kita. Memberi apa yang perlu, dan santuni apa yang patut dan dituntut.
Saya akan berusaha membaca setiap hari topik ‘kehilangan’ yang terjadi di merata tempat dan benua. Terjumpa sahaja kes dan isu melibatkan anak-anak kecil kehilangan ibu bapa tercinta dek kerna kesakitan, kemalangan, nyawa ditarik ketika dalam perjalanan bertugas, ketika sedang bekerja, sedang tidur, ketika sedang bersukan, beribadah dan lain-lain lagi……, hati ini terus merasa sayu. Saya akan selalu bercakap dan berkongsi dengan surihati tentang ibrah dari kisah-kisah yang terjadi ini. Dengannya kami akan lebih bersyukur, lebih ingin kerap memanjatkan doa dan lebih ingin menghargai ‘golden time’ bersama zuriat amanah ini.
Semestinya,
Selain dari kisah cara hidup Rasulullah, kisah unik seperti yang terjadi di Robben Island….., kesanggupan tahanan orang-orang tua yang rela mati dalam kesejukan tajam demi membina halaqah bulat melindungi tahanan anak-anak muda yang pastinya akan meneruskan perjuangan murni di lapangan dunia…., adalah antara yang menyuntik intrinsik motivasi saya agar senantiasa menjadi pelindung pada anak-anak dan surihati.
ISTIQIMAH UNTUK KELUARGA
Saya ingin menyeru khasnya buat Ibu Bapa Masih Muda (MM), agar terus kita istiqomah dalam meneroka pelbagai perkara dalam keluarga kita yang masih belum digembur keluar.
Lihat saja kekuatan surihati kita semua contohnya,…. dialah yang tak pernah letih dan mengeluh kuatnya bekerja di dalam menguruskan anak-anak kita. Bukan sekadar tidak pernah jemu menjadi chef di dapur dan menguruskan urus pakai kita, bahkan jika anak-anak demam dialah yang terlebih cepat sedar bangun menyantuni rengetan anak yang tidak selesa di jam dua, tiga pagi. Ya, suami bangun juga namun saya selidik dari banyak pasangan ternyata isteri yang paling cepat dan banyak genuin dengan masa.
Hargailah, dan lebihkanlah kita menuai korban. Ia tidak pernah merugikan. Mintalah kita setiap hari pada Allah agar dipanjangkan umur dan hayat ruang dan peluang. Jika berkesempatan, tanyalah kenalan rapat yang telah dan pernah merasa realiti kehilangan…., ia mampu mendidik diri kita berlebihan dan muhasabah diri untuk lebih mengerti makna menghargai.
Ohya, jangan lupa juga ketika kita melafaz banyaknya doa seharian, ceritakanlah juga kebaikan-kebaikan pasangan hidup kita dan rayu Allah ampuni dan berkati mereka (pasangan dan anak-anak) sepanjang masa. Anggaplah Allah tidak tahu kebaikan mereka (walaupun hakikatnya Allah memang ketahui) dan sebutlah banyak-banyak mereka berbuat baik pada kita, menjaga kita, memudahkan rutin hidup kita,….. agar biar setiap hari Allah senantiasa mendengar kita menyebut kebaikan mereka.
Beginilah antara ‘serpihan kecil’ dari sebabnya yang teramat banyak mengapa kita memilih Menjadi Ayah dan Suami sebagai PILIHAN Ku.
?Ropizam San
Jangan Bagi Alasan ” Tiada Masa ” & ” Kurang Mampu “. Esok Esok Anak Tak Jenguk Kita, Jangan Tanya Kenapa!
Anak ini anugerah terindah dari Dia buat pasangan suami isteri. Status bergelar ibu dan ayah itu adalah momen yang cukup bermakna. Namun, kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan kita alpa dengan tanggung jawab pada anak-anak.
Jangan anggap dengan menyediakan keperluan dan makan minum mereka sudah memadai. Sebaliknya perhatian dan kasih sayang itu yang mereka perlukan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Ariff Ismail .
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.
Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.
Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.
Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.
Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.
Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.
Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!
– Ariff Ismail –