Dalam keluarga pastinya ada penggemar menu sardin lebih-lebih lagi memang mudah dimasak. Kebanyakan para ibu akan memilih sardin tin kerana ia mudah dan pantas. Walaupun nampak simple, tapi menu ni menjadi kegemaran ramai.
Tapi setiap kali nak masak ikan sardin yang dalam tin mesti nak pastikan bau hanyir tu hilang kan? Kali ni angan risau sebab resipi yang dikongsikan oleh Limau Nipis
ini ada tip untuk bagi masakan sardin lagi sedap dan tak hanyir.Sardin
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Goreng dulu ikan sardin tanpa kuahnya, baru tak hanyir. Wajib tutup kuali semasa goreng ikan sardin tadi.
– Goreng ikan sampai keperang-perangan.
– Hiris bawang besar, bawang putih, cili merah, dan masukkan semua bahan ke dalam blender. Untuk bagi ekstra pedas boleh tambah cili api Thai. Kemudian, kisar semua bahan tadi separa lumat dan tak perlu letak air.
– Tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
– Bila dah pecah minyak, boleh masukkan kuah sardin tadi. Tumis lagi sampai pecah minyak baru tambahkan sedikit air.
– Tumis sekali lagi sampai pecah minyak, lepastu baru masukkan garam dan gula.
– Masukkan ikan sardin yang sudah digoreng tadi dan satu biji kentang yang sudah digoreng. Tambahkan hirisan bawang besar.
Sumber: Limau Nipis