Rumah bagaikan syurga buat kita semua. Rumah yang kemas dan tersusun pastinya membuatkan kita berada tenang. Begitu juga dengan ruang memasak. Ia memainkan peranan penting untuk memasak dalam keadaan selesa. Ruang dapur yang cantik pastinya buat mood masak makin seronok. Jadi, dapur perlulah sentiasa kemas. Dengan ini, sudah pasti pentingnya menutup ruang yang buat mata tidak sedap pandang seperti ruang menyimpan barang di bawah dapur, singki dan para.
Bagaimanapun, untuk mencantikkan ruang dapur tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi. Jika boleh lakukan sendiri, lagi jimat. Begitu juga dengan pasangan ini. Mereka melakukan DIY sendiri penutup sinki dengan bajet yang rendah hanya mengunakan kain lapik meja untuk sinki. Biarpun tanpa pintu buatan yang mahal, hasil kerja yang dilakukan sendiri tetap puas kemas. Inspirasi!
Terdapat beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh Erynn Sabri berkongsi cara untuk membuat kain langsir sinkir dengan menggunakan railing boleh adjust supaya tahan lama. Hasilnya menakjubkan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BEFORE
Ads
& AFTER
Kita D.I.Y sendiri je lagi senang , lagi-lagi time PKP ni banyak sangat masa terluang tak tahu nak buat apekan so better manfaatkan masa yang ade..
Sebelum tu sis share ape barang sis guna untuk cover area bawah sinki sebab tak suka terlopong jadi sakit mata.
Ads
4 TRIK KENA TAHU BUAT LANGSIR SINKI
Korang yang tak de budget banyak sangat boleh DIY cmni je senang..kemas & cantik tak habis sampai RM50.
Ads
1 ) Curtain ( sis beli plastik lapik meja dekat kaison potong 2 – sis prefer plastik if kain bila basah akan berkulat / berbau ) 2 ) Railling ( hardware / diy pon ade – beli yang adjustable so korang boleh panjang / pendekkan tak perlu dah nak potong-potong ) 3 ) Hook pelekat ( hardware / diy – beli ikot berat ye sis pakai yang 3kg ( 2 pcs untuk kiri kanan ) 4 ) Cangkuk (sis guna yang curtain toilet / korang boleh beli besi yg bulat janji boleh gantung curtain )
Tapi korang ukur dulu nak senang so baru boleh budget nk panjang atau pendekkan Thanks to my husband yang always support ape wife dia nak.
Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-11 anak tirinya, Barr Al Aliy.
“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” ungkap Jep menerusi kapsyennya.
Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan kemesraan antara mereka sehingga mendapat pujian ramai.
Malah ada memuji dengan mengatakan wajah Jep dan anak tiri saling tak tumpah. Sehingga ada yang menyatakan seperti anak Jep sendiri.
“Gambar last tu rasa macam anak-anak Jep pulak. Mungkin nampak keikhlasan Jep terima anak-anak Sari macam anak sendiri.
“Comel je, muka pun dah seiras dengan Jep.
“Gambar last, muka sepesen anak-anak dan abah.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik dan mengajar mereka, kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa dapat menduga rupanya setelah 20 tahun pasangan kembar ini dapat pula adik lelaki kembar. Pastinya ini sesuatu yang cukup menggembirakan buat seluruh keluarga.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.
Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.