Jika sebut tentang menu yang berasaskan pisang ini memang terlalu banyak terutamanya pencuci mulut. Pengat pisang antara menu klasik dan simple yang bukan sahaja digemari oleh orang-orang tua malah, semua peringkat umur.

Rasanya yang manis dan ditambah pula dengan biji sagu yang kenyal memang sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Menurut resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail pengat ini menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama kerana rasanya yang lebih sedap.

“Pengat pisang tanduk ni rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pulak dengan rasa masam dari pisang tanduk.

“Pisang Tanduk sesuai untuk buat pengat sebab isinya yang berkanji, kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Bila dimasak, pisang ini akan jadi cukup lemak dan memang sedap dimakan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, menu ini juga sangatlah mudah dan cepat disediakan. Hanya 30 minit sahaja anda boleh sediakan pencuci mulut yang sangat sedap. Selamat mencuba.

Pengat Pisang dan Sagu

Guna Pisang Tanduk Buat Pengat Pisang Sagu Lagi Sedap! Sesuai Dimakan Bersama Keluarga

Bahan-Bahan:

Ads
  1. 1 biji pisang tanduk
  2. 250 ml santansantan
  3. 1 -2 keping gula melaka
  4. 1 sudu kecil garam bukit
  5. 5 sudu besar biji sagu
  6. 2 helai daun pandan
  7. Air secukupnya

Guna Pisang Tanduk Buat Pengat Pisang Sagu Lagi Sedap! Sesuai Dimakan Bersama Keluarga

Cara-Cara:

– Rendam biji sagu hingga kembang. Lebih kurang dalam 15 minit.

– Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.

Guna Pisang Tanduk Buat Pengat Pisang Sagu Lagi Sedap! Sesuai Dimakan Bersama Keluarga

Ads

– Basuh dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang dengan air, santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa atas api yang perlahan.

– Sentiasa kacau dengan perlahan supaya santan tak berketul.

– Bila dah mendidih, masukkan biji sagu yang kita dah rendam tadi dan garam. Kacau lagi.

– Masak lagi hingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok.

Ads

– Kalau kuah terlebih pekat, boleh tambah air panas ya sebab bila dah sejuk kuah akan jadi lebih pekat.

– Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Tips:

– Sagu boleh jugak masukkan dengan masak dia dulu. Dengan cara ni, kita boleh agak kepekatan kuah pengat.

– Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk buang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja.

– Kalau ada banyak masa boleh buat cara ini. Kalau nak cepat ikut cara di atas.

Sumber: Marina Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI