
Produk pencuci pinggan hari ini memang diakui mempunyai banyak pilihan dipasaran. Ada yang didatangkan dalam bentuk cecair dan ada juga di dalam bentuk pepejal. Setiap pengguna ada citarasanya yang tersendiri dalam membuat pilihan.
Ada yang mengatakan guna pencuci cecair lebih menjimatkan dan jauh lebih banyak kuantiti cucian boleh dilakukan. Tidak kurang pula ada yang lebih percaya pilihan pencuci pinggan bentuk pepejal lebih ekonomi dan mudah. Tepuk dada tanyalah selera!
Untuk itu, bagi menggandakan lagi cara untuk lebih berjimat dalam penggunaan bahan pencuci pinggan khususnya daripada jenis pepejal.Kami kongsikan info bermanfaat yang dikongsi oleh Puan Hamidah, dimana beliau telah lama pratikkan cara ini dan terbukti berkesan untuk ‘mengawal’ penggunaan sabun pencuci agar lebih jimat dan tidak digunakan secara berlebih-lebih. Jom semak cara yang unik ini!
“Ingin berkongsi ilmu. Bila selesai masak di dapur, tentulah pinggan mangkuk memenuhi sinki. Idea untuk menjimatkn sesiapa yang suka gunakan pes pencuci pinggan mangkuk. Cara ni dah berpuluh tahun saya amalkan.”-Puan Hamidah
Cara-caranya :
- Guntingkan bahagian yang rata pada tudung bekas sabun tersebut.
- Kemudian buatkan beberapa keratan seperti di dalam gambar.
- Letakkan keratan tersebut di atas sabun pencuci pinggan dan gunakan seperti biasa. InsyaAllah penggunaan sabun akan dapat dijimatkan.
sumber : Hamidah M. Ibrahim Via MAHN
Kanak-kanak Lelaki Maut Dihempap Longgokan Tiang Elektrik, Kisahnya Raih Perhatian Warganet!

Malang tidak berbau, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu ahli keluarga yang menerima perkhabaran duka pemergian anak secara tiba-tiba ketika bermain dengan rakan-rakannya.
Media semalam melaporkan mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, parah di kepala dan muka manakala Wan Aliff Danish Wan Mohd Naim, 10, masih kritikal dan Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, patah paha.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.33 petang.
Lokasi kejadian itu merupakan kawasan simpanan sementara tiang elektrik bagi tujuan projek di Jalan K16, Kampung Belukar.
Menurut kenyataan itu, TNB sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa terlibat.
“Justeru, TNB mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri tapak kerja dan menyentuh barang-barang binaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” menurut kenyataan itu.
TNB juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian itu dan membuat spekulasi, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan selain menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa terbabit.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain..”
Ketika menceritakan semula sebelum kejadian itu, Nor Zuraidah, 29 dan suaminya, Wan Mohd Naim Wan Fadzilah, 30, baru pulang berniaga di pekan Changlun dan nampak Wan Aliff Danish ketika itu sedang makan nasi di rumah mereka yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain dengan kawan dan sepupunya tetapi dalam 10 minit kemudian, saya dimaklumkan kejadian itu berlaku.
“Sebelum itu saya memang tak sedap hati tetapi benda dah jadi dan berharap supaya anak saya sembuh sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bedah siasat terhadap jasad Muhammad Aqil Wafiq dilakukan pada 10 pagi di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar dan dua lagi mangsa masih dirawat di HSB dan HJ ketika ini.
“Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian tiga kanak-kanak terbabit sedang bermain di atas longgokan tiang elektrik berkenaan dan kejadian berlaku apabila sebatang kayu lapik tiang itu patah menyebabkan longgokan tiang itu bergolek dan terus menghempap tiga kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Begini Cara Isteri Kena Goda Suami Supaya Makin Sayang! Salah Satunya Buat Kejutan Istimewa Buatnya

Pastinya ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai, semarak kasih sayang harus sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup.
Justeru itu, jom kita semak 8 panduan mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat
1. Buang syak wasangka
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.
2. Betulkan mana yang silap
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!
3. Luah apa yang dirasa
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.
4. Pukau pasangan dengan kasih sayang
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra.
Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.
5. Buat kejutan
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.
6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.
Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.
7. Kualiti masa bersama
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam adalah masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur.
Jadi, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri. Misalnya, menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.
Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami isteri dan anak-anak.
8. Doa
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali ketika qada hajat (buang air kecil atau besar).
Insya Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.
Sumber: daku-amat.blogspot.com
Ilmu Jahitan Yang Kena Tahu, Tali Tape Ikut Warna Dan Inci. Baru Tak Salah Beli Saiz Baju.

Ilmu jahitan yang kena tahu, baru tak salah beli baju. Bagi yang gemar membeli pakaian secara online tentu akan menghadapi masalah salah ukur baju.
Yang peliknya ukuran dirasakan sudah tepat, namun apabila baju sampai ada yang salah saiz,.
Sebenarnya ia berlaku disebabkan tali tape yang digunakan. Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa tali tape pengukur baju mempunyai jenis warna yang berbeza inci.
Untuk elak salah ukur baju, ikuti perkongsian ini.
“Ingat sama..”
Nak share ilmu malam ni pasal ‘tali tape’, ada perbezaan rupanya. Ingat sama.
-Warna hijau dan kuning untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.
-Warna putih untuk buat baju or seluar yang hendak dijahit.
-If beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).
Ukurannya berbeza sangat-sangat. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat or tidak, mohon pastikan tali inci anda adalah yg hijau atau kuning tu.
Ada yg mengatakan takda kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yg betul.
• Semak dgn pembaris sm
• Jika tulis cun (市寸) = China
• Ada 7 senggat antara inci = UK
Jika beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK
Ilmu jahitan yang kena tahu, baru tak salah beli baju.
Sumber: Twitter @cikguzel
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club