Guna Mask DIY, Risiko Jangkitan Lebih Tinggi. Ini Alasannya!

Share

Umum mengetahui, saat ini kita disarankan memakai mask untuk menjaga kesihatan. Selain menggunakan mask yang ada dijual dipasaran, ada juga yang memilih untuk membuat sendiri mask dengan menggunakan fabrik.

Pun begitu, sebelum memilih untuk menggunakan mask jenis tersebut, baik sekiranya memahami info yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Semoga bermanfaat.


Sekiranya anda menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 jam dan pastikan ia dibasuh dengan bersih & dijemur sebelum dipakai semula.

Kajian yang dilakukan terhadap penggunaan topeng muka jenis ini mendapati ia tidak mampu melindungi dari jangkitan penyakit malah mungkin menyebabkan risiko jangkitan lebih TINGGI.

Ia kerana topeng muka jenis kain DIY ini mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman boleh berkumpul.

Ianya juga mungkin tercemar dengan kuman apabila topeng ini dibuka , diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg, kemudian dipakai semula ke muka.

Namun ia mampu menapis partikel pencemaran yang besar , cahaya matahari dan bau busuk persekitaran.

Utamakan basuh tangan berbanding topeng muka sebagai kaedah pencegahan.

sumber : Public Health Malaysia