Sekiranya ada yang tercari-cari petua apakah yang paling sesuai untuk diamalkan dalam penjagaan luaran untuk satu badan dengan menggunakan satu bahan, jawapannya ada lidah buaya!
Petua cantik dengan lidah buaya memang diakui berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Namun tahukah anda, tidak dengan itu sebenarnya lidah buaya ini atau juga dikenali sebagai aloe vera adalah pilihan terbaik untuk digunakan pada keseluruhan penjagaan tubuh.
Pun begitu, ketahui cara dan bagaimana untuk menghasilkan ramuan penjagaan kecantikan berasaskan aloe vera ini. Jom semak.
SELURUH BADAN
Cara-caranya1
Ads
1. Kupas kulit
2. Ambil isi
3. Perah dlm botol
4. Sapu shj diserata tubuh
Ads
WAJAH
Boleh juga buat skrab
Cara-caranya:
1. Ambil alovera tadi
2. Tambah putih telur
3. Sapu dimuka
4. Biar kering sebelum dicuci bersih.
Ads
RAMBUT DAN KUKU
Boleh juga dijadikan sebagai minyak untuk rambut sihat
Cara-caranya :
1. Ambil alovera
2. Perah
3. Ambil air/patinya dan tambah minyak zaiton
4. Sapu dirambut dan kuku
5. Biarkan 30minit
6. Bilas bersih.
Sumber : Eddy Rusdi via Viral Oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jom tambat hati dan perut suami serta anak-anak dengan resipi Sotong masak ala thai ni.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .
Bahan-bahan
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang .
Masakan seketika dan tutup api .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teh selalu dianggap ‘jahat’ kerana dikatakan bersifat angin. Hakikatnya teh terkandung banyak khasiat untuk tubuh apa lagi dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau misalnya, amat baik untuk tubuh malah merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.
Khasiat teh hijau amatlah banyak kerana mengandungi antioksida dan nutrisi malah mampu meransang perkembangan otak dan paling penting mengurangkan lemak dalam badan. Hebat!
Ketahui lima jenis teh yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Teh 1: Teh Hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengandungi antioksida yang cukup tinggi malah paling utama boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan
kadar metabolik. Jadi bagi yang nak kurus, minumlah teh hijau setiap pagi. Rasanya pun boleh tahan sedap.
Teh 2: Teh Oolong
Teh ini berasal dari China dan diambil secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Teh 3: Teh Pudina
Teh ini paling senang kalau nak buat sendiri. Ambil daun pudina dan masukkan ke dalam teh panas. Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik
yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil
adipocytes. Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih.
Kredit Foto: www.medindia.net
Teh Halba
Sedikit sentuhan tradisional tetapi cukup berbaloi buat tubuh. Gabungan teh dan halba yang cukup banyak khasiat ini buat tubuh berganda. Halba yang tinggi
khasiat membantu mengurangkan pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan berat badan atau kegemukan.
Jom cuba buat sendiri di rumah. Suami pun boleh bantu buatkan kalau nak pastikan isteri sentiasa cantik dan sihat.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dengan kreativiti dapat menghasilkan sesuatu yang menarik walaupun simple je. Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila suaminya membuat sendiri kabinet dapur dengan bajet hanya RM250.
Inilah kreativiti dan hasil tangan suami kepada puan Nasibah Ramly. Moga bermanfaat buat anda yang ingin mencuba DIY sendiri dapur di rumah! Kt sini sy nk share cara2 #diykabinetdapur by suami Mat’in Ali. Rmai yg pm tnye, mmg kami x amik tempahan pon.. Buat sekadar suka2 & utk rumah sendiri je,mtk maaf byk2 ye.. Mane2 yg ade mase & kurang bajet utk tempah kabinet dapur cm kami ni blh try wt sendiri ikut selera masing2.. Sy just share cmne nk bg pintu kabinet tu jd berkilat cm yg tempah tu jer, sbb sy tau, semua lelaki pndai bertukang..cume ade mase & xde mase jer kn..
TOTAL COST (beli barang2 shj seperti kayu 1×2,kayu bingkai(halus),plywood,cat,skincoat,undercoat,skru,paku,magnet,engsel) : RM250
TEMPOH : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat utk siapkan). Cara membuat:
Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal. Utk pintu kabinet, buat frame dulu.. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yg bingkai depan tu guna kayu halus, rm1 sebatang utk hiasan.. Ni harr kayu 1×2 utk wt kerangka & frame pintu dan kayu halus utk bikar rm1 je sebatang.. Dh siap wt pintu, try la pasang dulu utk tgk ukuran padan ke tak.. Mane2 nk ejas, mase ni la.. Lepas tu pasang engsel & magnet terus siap2 (betul x sebut gitu orr, main hentam jer huhu) Yang ni step utk mengecat yer.. Skincoat dulu utk tutup lubang2 kayu, jemur sampai kering pastu gosok dgn kertas pasir sampai licin semua sekali.. Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi. Cat color.. Ni kod color purple kabinet sy. Dh siap cat, keringkn & blh pasang.. Siap.. Selamat mencuba! Cat putih bahagian dalam Penyangkut periuk, beli di kedai rm2..suami bengkokkn penyangkut tu, utk dptkn kedudukan cmtu.
Tadaa. Dh siap kemas pon.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tip masak kuih cekodok pisang jadi bulat cantik. Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu.