Guna Lebihan Nasi Pastikan Pokok Berbunga Dan Berbuah Super Cepat, Begini Caranya!

Share

Melihat tanaman jiran yang sudah mula berbunga dan berbuah lebat buat hati rasa cemburu. Apa agaknya baja yang dipakai dan bagaimana pula cara penjagaannya.

Buntu seketika bila memikirkannya. Kalau masih belum menemui baja sesuai, ada baiknya anda cuba petua yang dikongsikan oleh seorang wanita di blognya, adaapadgnaidadewie.blogspot.my.

Dia yang menggunakan lebihan nasi dan kemudiannya dibiarkan diperam sehingga mengeluarkan hasil tapaian berjaya membuatkan tanamannya berbunga selepas 2 minggu. Wow hebat!

Jadi jomlah kita cuba.


 

Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan-soalan kamu ye.

S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.

S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ker?
J: Boleh guna apa-apa jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang Terengganu buat nasi dagang tu tak boleh la.

S: Ada beza ke?


J: Secara logiknya, beras merah dikukus dengan santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dengan bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.

 

S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat-ulat yang bertindak sebagai agen pengurai.

S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.

S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye.

Ringkasan:

1. Lebihan nasi jangan dibuang, simpan semalaman atau lebih.

2. Esoknya periksa samada nasi telah basi dan kelihatan lembik atau tidak.

3. Jika tidak, biarkan disimpan lagi supaya mengeluarkan enzimnya.

4. Kemudian barulah diletakkan pada tanaman kita.

Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.

So, selamat mencuba!!

Kredit: adaapadgnaidadewie.blogspot.my.