Mangkuk tandas jika kelihatan bercapuk-capuk akan membuatkan kita berasa jijik untuk menggunakannya. Meskipun cuba dibersihkan namun jika tidak kena gayanya mangkuk tandas yang dicuci tidak juga terlihat bersih berkilat malah masih lagi mempunyai kesan hitam bercapuk-capuk.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jadi apa kata anda cuba membersihkan mangkuk tandas tersbeut dengan teknik yang dikongsikan oleh Puan Rosnai Ali sepertimana di dalam group #kemasrumahwithhani.
Menurutnya keadaan mangkuk tandas di rumahnya menjadi kotor dan bercapuk hitam gara-gara cucunya yang membantu mencuci tandas telah menggunakan berus ketika mencuci. Lantas wanita ini meminta cadangan untuk atasi masalah tersebut.
“Boleh tak puan2 bagi cadangan, macamana saya nak buat dgn keadaan gini, sbb cucu xguna span. Ada tak pencuci yg boleh bersihkan.”
Menerusi perkongsian tersebut, mendapat respon ahli group dan meninggalkan tip di ruangan komen untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Antara cara yang berkesan dan mudah yang digunakan ialah menggosok permukaan mangkuk tandas dengan menggunakan dua bahan iaitu kertas pasir dan pencuci pinggan Axion.
Alhamdulillah, tak sampai 12 jam problem settle, ramai yg bagi solution. Terima kasih semua. Saya ambil yg mudah dan brg ada di rumah iaitu Kertas pasir halus dan axion. Terima kasih yg bagi idea, saya dah taq nama penyumbang idea. Hasilnya … Taraaa.
Jadi bolehlah anda mencuba tip ini untuk membersihkan kotoran degil pada bahagian mangkuk tandas untuk kembali bersinar macam baru.
Sumber : Rosnai Ali
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club