
Bila namanya kreatif, memang macam-macam boleh dihasilkan agar nampak istimewa dan menarik mengikut kreativiti dan bajet sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian idea daripada Normala Jais yang menghasilkan jam hiasan dinding dengan menggunakan kad manila hingga nampak begitu menarik.
Nak tahu cara membuatnya, jom baca perkongsian daripadanya ini.
Assalammualaikum & hello everyone!!
Yg hari tu saya kongsikan diy jam dinding menggunakan sudu plastic pakai buang.
Ok yang ini pula saya diy guna kertas manilakad saja ya, kemudian saya lukis bentukkan contoh macam dalam gambar yang saya kongsikan ni lah..
Lepas melukis bentuk dan gunting , saya spray ,saya beli kat mr.diy saja , warna merah cod botol spray 33.
Yang macam diamond2 tu sticker decoration untuk hp saya beli kat mr.diy juga.
Batang tu saya guna stick satay saja. Saya guna hot glue gun.
Minta maaf jika kurang jelas ya, kamu semua boleh rujuk youtube DIY WALL CLOCK .. saya pun dpt idea mcm ni hanya tgok youtube saja. SELAMAT MENCUBA..
sumber : Normala Jais
Anak Sulung Penuh Cabaran & Tanggungjawab. Wanita Ini Kongsikan Kisahnya!

Dilahirkan sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan, tentu sahaja terpaksa akur dengan tanggungjawab yang harus digalas sebagai anak yang paling tua dalam adik-beradik.
Pengalaman masa lampau mengharung kerumitan dan ikhtiar hidup semenjak zaman kanak-kanaknya, menjadikan Puan Aznizah Bt Azmi turut terpanggil untuk berkongsi kisah hidupnya.
“Saya dilahirkan sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik dan berasal dari negeri Kedah. Semenjak kecil lagi kehidupan kami memang susah. Ibaratnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abah seorang nelayan dan dalam masa yang sama abah juga buat part time bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
“Bagi menambah pendapatan keluarga, setiap hari emak akan masak kuih muih untuk dijual. Namun ketika itu adik-adik masih kecil, jadi mana mungkin emak boleh keluar rumah untuk berniaga. Lantas pekerjaan tersebut saya lakukan. Bayangkan ketika masih di sekolah rendah, setiap hari saya berjalan sejauh 2 km dengan ‘mengheret’ beg yang berat. Bukan kerana diisi dengan buku sekolah tetapi kuih muih yang akan dihantar ke kedai-kedai,” ujar Aznizah di awal bicaranya.
Pandai Cari Duit
“ Saya ingat lagi, bagi memastikan kuih dapat dihantar awal ke kedai dan dengan harapan tidak lewat sampai ke sekolah, saya akan bangun seawal 5.30 pagi setiap hari. Tepat jam 6.15 pagi pula saya akan pastikan telah keluar rumah.
“Begitulah rutin harian yang saya lalui hinggalah ketika berumur 13 tahun. Abah meninggal dunia dan ini menjadikan kehidupan kami sekeluarga bertambah susah. Lalu mak ambil keputusan untuk kerja kilang bagi menyara kami adik-beradik.
“Sedar dengan bebanan yang ditanggung oleh mak, jadi saya ambil keputusan untuk bekerja selepas waktu sekolah. Macam-macam kerja saya buat, antaranya menyapu sampah dan mengemas pejabat di sekitar Alor Setar.
“Alhamdulillah dengan wang upah tersebut, dapatlah membeli barang keperluan sekolah saya dan adik-adik. Senang cakap, adik-adik ni akan mintak duit dengan saya dulu dan bukannya minta dengan mak. Sebab adik-adik pun tahu, mak tidak mampu,” cerita Aznizah lagi dengan nada sebak, terkenang kepayahan lalu.
Utamakan adik-beradik
Demi memberi ruang dan keselesaan untuk adik-adik belajar, Aznizah juga rela ‘beralah’ untuk tidak tinggal di asrama. Malah peluang keemasan itu diberikan kepada adik keduanya iaitu Nor Suhaini. Bukan menolak tuah, tapi dirinya punya alasan yang tersendiri.
“Saya bersekolah di Maktab Mahmud, Alor Star hingga Tingkatan 6 Bawah. Memang saya sendiri tidak mahu tinggal di asrama. Terfikir juga, jika tinggal di asrama saya tidak dapat bekerja untuk membantu mak. Lagi pun bila duduk di asrama, itu bermakna ada yuran yang perlu di bayar pada setiap bulan. Saya tidak mahu, emak terus dibelenggu dengan kesempitan kewangan.
“Sesungguhnya, setiap apa yang dilakukan selama ini bukan ditagih untuk dihargai oleh adik-beradik. Namun melihat mereka semua bahagia itu sudah cukup membahagiakan buat saya. Bagi saya, bila adanya rasa tanggungjawab pada diri seseorang, maka sesiapa pun akan rela untuk berkorban,” jelasnya di akhir perbualan.
sumber : Majalah Keluarga Sept-Okt 2017
Raja Azura Sopan Berhijab, Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah, “Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah.”

Raja Azura sopan berhijab, mohon doa agar kekal istiqamah, “bukan nak cantik tapi kerana Allah.” Raja Azura mengakui bahawa keputusannya untuk berhijab dilakukan dengan sepenuh hati.
Raja Azura Sopan Berhijab, Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah, “Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah”
Ujarnya lagi sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat. Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“JANGAN BUAT KERANA NAK KELIHATAN CANTIK, TAPI LAKUKAN KERANA ALLAH. APABILA SUDAH SAMPAI WAKTU, KITA BERUBAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
“Saya sudah melalui macam-macam perkara dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan, tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“SETIAP ORANG AKAN MELALUI PELBAGAI DUGAAN DALAM HIDUP. JIKA TIADA UJIAN, TIDAK MUNGKIN MEREKA MAMPU MENJADI SEORANG YANG MATANG.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” tuturnya tenang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibunya, pada Julai lalu.
Jelas Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku itu, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ia sekali gus sebagai kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Sumber: Kosmo Online
Kredit foto: Instagram Raja Azura
Anak Bongsu Rangkul 4 Anugerah Akademik, Raja Azura Hadiah Istimewa Sempena Birthday Ke 51 Tahun
Anak Bongsu Rangkul 4 Anugerah Akademik, Raja Azura Hadiah Istimewa Sempena Birthday Ke 51 Tahun
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mesin Basuh Pun Perlu Dicuci. Ikut 4 Langkah Mudah Ini Ibu-Ibu Agar Ia Kekal Bersih!

Sekian lama menggunakan mesin basuh, kita asyik fokus untuk membasuh baju yang menimbun setiap hari.Tapi tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu dicuci?
Masa yang tepat untuk cuci mesinbasuh ialah apabila anda melihat kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu melekat pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam.Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Ikuti 4 langkah mudah ini demi memastikan mesin basuh sentiasa dalam keadaan bersih.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program atau course atau mode “TUB CLEANING”.
Jika tiada pilihan tersebut, pilih “SOAK”.
Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.
Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap maksima dan tekan ” START”.
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
LANGKAH 3
Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk-produk yang ada di pasaran yang boleh digunakan.
Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate (300Gram)
Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
Power Max Jenama COSWAY( 300gram)
Campuran 140 Gram Soda dicampur bersama cuka putih 750ML (Bancuh dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin).
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan TUB CLEANING atau SOAK kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
Namun, jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
Selepas sejam pilih mode ini :“Wash” 8 minit, “Rinse” 2 kali, “Spin”1 minit.
Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
SIAP.
INFO EKSTRA:
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.
Sumber Facebook Panda Bekki