Guna Kaedah Susun Buku Guna Fail, Elak Buku Tertinggal. Cikgu Ini Kongsi Tip Mudah Dan Tahan Lama

Share

Persekolahan sudah bermula pada hari ini, tentu ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak. Bagi yang mendapat buku teks, tentu mengambil masa a masalah bagi menyusun jadual mengikut subjek pada hari tertentu. Melalui perkongsian puan Syikin Zahir di laman facebooknya, beliau berkongsi tip untuk menyusun buku menggunakan kaedah file. Cara ini katanya mengelak daripada berlaku tertinggal buku dan tahan lama. Masih sempat lagi, ibu-ibu untuk mencuba cara ini.


TIADA LAGI STICKER IKUT HARI
Sekolah dah tak lama nak buka semula. Masa ni sibuk parent tolong balutkan buku anak-anak kan.


Harini cikgu share kaedah senang, cepat & tiada buku tertinggal lagi untuk anak-anak bila mereka susun buku ikut jadual.
Dulu memang guna kaedah lekatkan sticker warna ikut hari dalam jadual waktu anak.
Tapi sejak dapat wasep dari Ustaz Man awal tahun lepas, dapat gambar zikry termenung dalam kelas sebab tertinggal buku, kemurungan ummi dia.
Rasa kesian sangat. Dah la dia jenis sensitif. Mesti kena marah tertinggal buku. Biasalah 1 subjek paling kurang 2 jenis buku. Ada sesetengah subjek sampai 3,4 jenis buku. Kebarangkalian cuai nak tertinggal tu memang ada.
Maka umi dia beralih guna kaedah fail. Satu subjek satu fail. Semua buku letak dalam fail tu. Bila nak susun buku, tengok jadual & tarik saja terus 1 fail. InsyaAllah tak da dah buku-buku yang tertinggal. Dan kaedah ini juga pantas.

Sebelum ini pernah cuba guna 2,3 jenis fail plastik. Tapi prestasi mengecewakan. Renyah, dan kalau terlipat, berbekas huduh fail tu. Dan ada jenis penjuru tajam.
Jadi akhirnya, fail berzip ni paling jatuh hati.
Kaler menarik, tahan lama, tahan lasak.
Angah & kak ina punya masih elok. InsyaAllah boleh pakai sampai darjah 6.
Dan zakwan punya pun ummi dia dah beli sejak tahun lepas. Persediaan nak masuk tahun 1. Sindrom takut tak jumpa dah fail tu. Hahaha
Satu lagi kelebihan guna fail ni, tukarlah jadual waktu 28 kali setahun pun umi tak kisah??. Tak payah tertekan nak ubah-ubah sticker macam pengalaman lalu.

Alhamdulillah.
Untuk #gengmakmak yang selalu stress dengan buku anak yang banyak dan jadual bertukar, bolehla cuba kaedah fail ni.


Info Tambahan:
Harga 1 fail RM1.50. Size A4.
Cikgu beli di Max10, dalam Cmart Changlun.
Kalau tempat lain, boleh cuba cari di DIY.

Untuk orang Changlun, boleh roger Bobsteletto Runnerchangloon. Dia tahu mana nak cari ??