
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuat:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Bina Keluarga Sempurna, Contohnya Ada Dalam Al Quran.Jadikan Pengajaran & Panduan!

Dalam membina sebuah keluarga yang sempurna kita sebenarnya telah pun mempunyai pelbagai model untuk dicontohi dan dapat dijadikan inspirasi.
Ini turut dijelaskan dalam tazkirah Dr. Ahmad Sanusi Azmi untuk kefahamaan kita bersama.
Jadi ada baiknya kita baca bersama perkongsian bermanfaat ini untuk kebaikan bersama.
1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh di dalam al-Quran. Imran adalah bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84)
2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama dan mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan).
3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37).
4. Kisah ringkas dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar (Maryam mengandung tanpa berkahwin), Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang.
5. Kehebatan keluarga ini menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran.
6. Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz “cilaka” (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini.
7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah).
8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim.
Moga Allah mengurniakan kita keluarga yang soleh.
sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Hasil Catu Duit Rokok Suami, Wanita Ini Dapat Set Dapur Baru!

Umum tahu yang merokok bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan perokok dan orang disekelilingnya, malah duit pun cepat ‘lesap’! Mana tidaknya, asyik tambah stok sahaja, kalau ikutkan sehari pun boleh habis sekotak bagi yang betul-betul ketagih.
Walupun harganya yang mahal, ramai sanggup berbelanja puluhan malah ratusan ringgit demi menghisap rokok.
Nak nasihat untuk berhenti? Tak semua boleh dengar kata orang sekeliling melainkan diri sendiri yang betul-betul berubah untuk hentikan tabiat yang tak mendatangkan sebarang faedah itu.
Baru-baru ini, seorang wanita dapat membuktikan bahawa duit daripada membeli rokok itu boleh digunakan dengan perkara yang lebih berfaedah iaitu dia telah menggunakan wang perbelanjaan rokok suaminya yang telah berhenti dengan memasang set kabinet dapur!
Perkara ini dikongsikannya sendiri dalam satu video di laman instagram miliknya @rumahmungill sepanjang proses kabinet dapur tersebut dipasang beserta kos perbelanjaan.
Kos pemasangan set dapur dianggarkan mencecah Rp 13 juta (RM3,885) dan dibahagikan dengan perbelanjaan rokok yang dianggarkan Rp30 ribu (RM9) sebungkus.
Hasilnya, wanita itu dapat mengurangkan perbelanjaan rokok sebanyak 434 bungkus selama 14 bulan.
Secara tidak langsung, sekiranya suaminya berhenti merokok selama 14 bulan, maka dia berjaya menghadiahkan isterinya sebuah set dapur.
“Inilah akibatnya apabila isteri mencatu rokok suami,” tulis kapsyen video tersebut.
Video tersebut telah menarik perhatian netizen sekali gus terinspirasi dengan idea bernas tersebut.
“Hebat. Boleh cuba segera,” komen netizen.
Sumber: Suara.com , @rumahmungill
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Pesan Ustaz Kazim Elias Jangan Langgar 6 Pantang Larang Ini Jika Mahu Rumah Tangga Bahagia.

Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut kita dengar.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!