Sejak wabak covid-19 melanda di negara ini, umum mengetahui selain disarankan untuk memakai mask, juga penggunaan hand sanitizer sebagai satu langkah untuk memastikan tangan sentiasa bersih adalah sangat-sangat penting dan disarankan ketika ini untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.
Pun begitu, umum mengetahui kandungan cecair hand sanitizer adalah terdiri daripada 60-95 peratus alkohol, lalu meninggalkan kekeliruan adakah ianya boleh digunakan ketika hendak melakukan solat.
Menjawab persoalan ini, ayuh kita fahami perkongsian info melalui akaun FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato. Terima kasih
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)
Ads
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alcohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
Hukum Penggunaan Alkohol
Ads
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Ads
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
Tapai halal dimakan.
Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.
Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Tak kira la lelaki ke perempuan, rambut semestinya mahkota bagi seseorang. Boleh bayangkan tak, tiba-tiba rambut yang kita jaga dengan rapi tiba-tiba gugur dan semakin menipis. Sedihnya rasa!
Umur masih belum mencecah 30 tahun, tetapi rambut sudah semakin nipis.
Atas kepala pula, rambut tumbuh jarang-jarang hingga boleh nampak kulit kepala. Pasti perkara ini akan menimbulkan rasa gelisah di dalam hati.
Rambut merupakan aset nombor 1 lelaki. Dengan gaya rambut yang betul, lelaki boleh tampil yakin dan bergaya di khalayak ramai.
Tip rambut sihat dan lebat
1. Minum lebih banyak air
Air sangat penting untuk memastikan setiap sel dalam badan berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing. Cuba banyakkan minum air kosong dan tinggalkan minuman berkafein ataupun bergula.
2. Jaga pemakanan anda
Cuba amalkan diet yang lebih sihat. Makan lebih banyak protein seperti ayam dan daging. Selain itu, pastikan anda juga makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ya!
3. Elakkan stres dalam kehidupan seharian
Stres merupakan salah satu punca utama keguguran rambut. Kurangkan stres dengan cara bersenam ataupun dengan melakukan aktiviti yang digemari.
4. Simpan rambut pendek
Rambut yang pendek lebih mudah dijaga. Selain itu, masalah keguguran rambut juga tidak akan nampak terlalu ketara jika anda berambut pendek.
5. Jangan terlalu taksub dengan produk anti rambut gugur yang dijual di pasaran!
Elakkan terpengaruh dengan iklan produk pelebat rambut di media sosial.
Anda tidak tahu apakah kandungan yang terdapat di dalam produk-poduk tersebut. Jangan bazir duit dan masa anda pada kaedah rawatan yang anda belum pasti berkesan!
Apa yang anda perlu elakkan?
1. Elak untuk tidak membasuh rambut anda seperti biasa!
Rambut akan gugur dengan lebih banyak selepas membasuhnya – ini satu kenyataan yang tidak berasas.
Rambut anda akan menjadi lebih lemah dan gugur lebih banyak jika anda tidak membasuhnya langsung. Gunakan syampu yang sesuai dan basuh rambut sebanyak 2 -3 kali seminggu.
2. Guna bahan kimia punca keguguran rambut
Berhenti gunakan produk rambut seperti gel ataupun spray. Produk ini boleh membuatkan kulit kepala menjadi kering dan menyebabkan lebih banyak rambut gugur.
3. Elakkan guna sikat yang mempunyai gigi yang rapat dan kasar
Bertukarlah kepada sikat yang lebih jarang dan lembut. Memberus atau menyikat dengan terlalu agresif boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur dan putus.
4. Jangan gayakan rambut anda terlalu kerap
Penggunaan alat penggaya rambut seperti pengering rambut boleh membuatkan rambut anda jadi semakin rapuh dan mudah putus.
5. Jangan abaikan masalah keguguran rambut anda
Kadang-kadang, masalah keguguran rambut boleh diselesaikan dengan cara mengubah gaya hidup seharian anda.
Oleh itu, penting untuk anda ambil tahu dan cuba dapatkan pendapat pakar tentang punca keguguran rambut yang anda alami. Mana tahu, masalah anda rupanya ada ubat!
Andai seseorang ibu atau isteri ingin membuat perubahan besar pada diet harian demi mendapatkan berat badan unggul bagi dirinya, pasti sesetengahnya merasakan ianya bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi, jika setiap hari sudah menjadi rutin harian memasak hidangan yang enak untuk dijamah oleh seisi keluarga. Pasti sahaja, bila terlihat pelbagai menu tersebut akan secara tidak sengaja, kita sendiri boleh makan bertambah pula jadinya. Ini sekali gus membantutkan usaha untuk berdiet.
Pun begitu, jika anda rajin menyediakan menu berasaskan cendawan ia sebenarnya baik untuk anda sekeluarga. Bukan sahaja dikatakan boleh bantu turunkan berat badan, malah banyak lagi khasiatnya.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh coach Syai Aizat di akaun fb. Jom semak apa katanya.
SIHAT DENGAN SI CENDAWAN
Siapa suka cendawan? Berita baik untuk anda. Bukan setakat sedap dimakan, tapi juga sebagai ‘nature medicine’. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan.
Kebaikan Cendawan :
1. Fat-Free, tinggi fiber, sangat rendah kalori
(1/2 mangkuk – 10kcal)
2. Tinggi mineral – mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc.
3. Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid
Dapat membantu untuk :
1. Menurunkan berat badan
2. Meningkatkan sistem imun
3. Mencegah kanser
4. Menurunkan tekanan darah
5. Menurunkan kolestrol
Ia boleh diambil sebagai ‘pengganti daging’ kerana sifat kekenyalan dan mineral yang tinggi.
Saya share menu sihat cendawan
Bahan-Bahan
1.Cendawan
2.Bawang merah+ bawang putih
3.Lada hitam
4.Cili padi
5.Telor
6. Air
7.Secubit Garam
Cara-caranya
Didihkan air,masukkan bawang merah,putih,cili padi,kacau-kacau.Kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan telor,tunggu masak masukkan secubit garam dan tutup api.
Siapa yang tak kenal dengan Dr Say, pengacara program My Doctor yang sering berkongsi pelbagai tip kesihatan dan rumahtangga.
Terbaru, dia memuat naik hasil pemeriksaan kesihatan dirinya menerusi laman instagram baru-baru ini. Siapa sangka, dalam dia begitu menitikberatkan soal kesihatan, namun masih ada masalah yang membelenggu dirinya.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Say terkejut tatkala melihat result medical check up yang mana buah pinggangnya mengalami kerosakan tahap dua.
Keputusan Medical Checkup Ku
“Semestinya berkait rapat dengan gambar ni yakni terduduk sy dibuatnya. Januari 2021 total cholesterol sy 8.3, Alhamdullilah tahun 2022 ni total cholesterol sy turun kepada 7.0. Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan cholesterol jahat (LDL) sy pulak dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58.
“Selain tu buah pinggang sy berada pada kerosakan tahap 2 & pada masa yg sama pada air kencing sy ada darah detected. Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang Wallahualam tapi sy nak check lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay.
Tambah Dr Say Yang juga ayah kepada dua cahaya mata ini lagi, walaupun keputusan tersebut menunjukkan buah pinggangnya lebih baik berbanding tahun sebelum ini, namun disebabkan ada darah dalam air kencing membuatkan dia sedikit ‘cuak’.
“Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol & tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang sy lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yg buat sy sedikit cuak sebab normalnya takde darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.
“Mungkin nak kena buat ultrasound sebab taknaklah dari tahap 2 tiba2 makin teruk yg sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5. Kalau tanya perasaan sy, sy sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan kolestrol makin better & lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi & kisah buah pinggang tu.
Begitupun, dia lega kerana tidak perlu mengambil ubat kolesterol untuk masalah kesihatannya, sebaliknya dia harus mengubah cara hidup terutama dari segi pemakanan dan juga senaman dalam tempoh tiga bulan ini.
“Adakah sy kena makan ubat kolestrol? Mengikut nasihat pakar perubatan sy, katanya tak perlu lagi. Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan & senaman untuk 3 bulan ni & repeat balik ujian kolestrol bulan 4 nanti. Kalau korang ikut story sy memang sy start jaga dah pemakanan & senaman sejak 1.1.2022 aritu.
“Moga dengan keputusan medical checkup ni buat sy kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle sy. Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang.
“Siapa yg tak buat medical checkup lagi, nasihat sy malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup. The best investment you can make is in your own health.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.