
Sekarang ini kos hidup memang tinggi. Pelbagai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Sudah tentu kita sering mencari solusi untuk mengurangkan perbelanjaan supaya setiap bulan kewangan kita ada lebihan supaya dapat menabung.
Salah satu cara adalah mengurangkan perbelanjaan duit dapur seperti pembersih pinggan mangkuk.
Setiap hari, kita akan akan menggunakan 3 hingga 6 kali sabun atau cecair basuh pinggan. Tapi sebenarnya ada cara nak jimat menggunakan sabun pencuci ini.
Sebagaimana tip yang dikongsi ini, sabun pencuci sebotol sebelum ini bertahan seminggu je tapi kini bolen tahan sebulan. Hanya menggunakan 1/4 sahaja botol pencuci berjenama, dapat menghasilkan satu botol sabun pencuci. Memang jimat!
Malah buih pun tetap banyak. Memang seronok membasuh pinggan mangkuk.
Jom cuba!
1.Tuang 1/4 Sunlight dalam botol kosong.
2.Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan tuang air garam tu ke dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4.Goncang. Siap!
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pingganpun bersinar. Jimat kome! Selalu 1 botol Sunlight ori tu seminggu aje. Cuba la.
Kredit: Rufina Abdul Raof
SKSSR Hadiah Untuk Isteri Suri Rumah. Suami Boleh Carum Sukarela Bukan Wajib!

Isi Kandungan
ToggleIsteri mana yang tidak rasa bahagia dan dihargai bila suami rupanya menyediakan caruman khas sebagai penghargaan kepada dirinya yang bergelar suri rumah.
Kita sedia maklum, wanita bergelar suri rumah biasanya tiada pendapatan tetap. Melaksanakan tanggungjawab menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak bukan tugas yang mudah.
Sebagai penghargaan apa salahnya suami rebut peluang menyediakan caruman untuk isteri tercinta. Biarpun caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bukan satu kewajipan bagi suami tetapi sikap prihatin yang dilakukkan patut diberikan pujian.

Sekurang-kurangnya ada perlindungan keselamatan sosial untuk isteri yang tidak bekerja tetapi tetap melaksanakan kerja-kerja menguruskan rumah tangga dan keluarga.
Bukan Paksaan Tetapi Sukarela
Menerusi laporan terbaharu dari BERNAMA, cadangan pelaksanaan SKSSR dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela kepada semua suri rumah di Malaysia dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri mereka.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan memaklumkan menerusi draf rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ia menyatakan bahawa suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada Perkeso.
“Dalam situasi ini, ia boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami jika gagal membayar caruman berkenaan. Sabit kesalahan, suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagaimanapun, jika pasangan tersebut telah bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitment beliau untuk membayar caruman adalah terbatal,” menurut kenyataan itu.
Caruman Boleh Dibayar Oleh Isteri Atau Pihak Ketiga

Perkeso juga menjelaskan isteri atau suri rumah tersebut boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga.
Bagi suami yang tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh wanita tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.
Kenyataan tersebut memaklumkan laporan berita yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan termasuk menerusi platform dalam talian mengenai kegagalan suami membayar caruman Perkeso isteri yang juga suri rumah boleh dikenakan denda atau hukuman penjara adalah tidak tepat.
Untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, Perkeso menggesa media yang berkenaan untuk mengambil tindakan segera dengan menyiarkan ralat berhubung laporan yang telah diterbitkan.
Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sumber: BERNAMA
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
Terlebih Kasar & Agresif, Mak Ayah Elakkan Anak Tonton Tiga Siri Kartun Popular Ni!

Siri kartun di televisyen sememangnya buat anak mudah terleka. Mana tidaknya, dengan jalan ceritanya yang santai, bersahaja dan kelakar itulah yang membuatkan anak kita mudah terhibur.
Namun dalam kita berhibur dan bersantai-santai itu ada mesej yang dibawakan beberapa siri kartun ini kurang sesuai untuk anak kita tonton.
Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Tiga siri popular ini ada baiknya kita elakkan untuk anak tonton.
Ini top 3 kartun kita kena banned anak tengok! Walaupun kartun ni famous tapi saya benci dengan jalan cerita & meseg yang di bawa mereka.
1. Shin chan
Cerita ni mengajar bercakap bahasa tak senonoh. Feewit, hai gadis cantik dan sebagainya. Tambahan pula si shin chan ni suka tunjuk private part seperti bontot & penis seolah olah ia okey, ish.. tak senonoh betul.
Paling tak suka bila suka merendah rendahkan darjat wanita & langsung tidak menghormati mereka. Dengan ibu sendiri pun dia panggil misae gemuk, buncit.
2. Hagemaru
Ini lagi satu, watak budak botak kecik ni sebenarnya mengajar anak kita untuk bercakap bohong, selfish, tak hormat orang tua, sesuka hati guna / ambil barang kepunyaan orang lain & tiada adab.
Nampak je cerita ni di tayangkan cepat cepat saya suruh tukar channel. Memang kelakar, anak ketawa tengok tapi risau ‘mesej negatif’ yang meresap masuk ke dalam otak anak-anak.
3. Tom & jerry
Apa kejadah cerita kartun untuk budak budak tapi penuh dengan adegan agresif & keganasan. Dari mula sampai akhir kerjanya bergaduh, pukul memukul, bunuh membunuh..
Tak ada nilai murni yang di sampaikan melainkan jika kita tak suka seseorang tu, gaduh je! Haish.. jangan pelik la kalau adik beradik kat rumah tu asyik bercakaran macam anjing & kucing je.
Pengaruh kartun & animasi ni sebenarnya pengaruh besar dalam pembentukan personaliti & karakter anak-anak kita. Tapis baik baik cerita yang di tonton & pantau rapat rapat konten yang anak lihat di TV & Gajet.
Sebaiknya pilih la kartun yang banyak bawa mesej murni, nilai nilai terpuji, ajar tentang adab, hormat orang tua & sopan dalam berkata-kata.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ingin Zuriat Kembar, Wawa Zainal Hasrat Buat IVF

IVF bermaksud in vitro fertilization, iaitu satu rawatan kesuburan di mana telur akan disenyawakan di luar rahim.
Pada suatu masa, teknologi rawatan IVF juga dikenali sebagai ‘bayi tabung uji’. Selalunya, pasangan yang mengalami masalah kemandulan cenderung memilih rawatan IVF kerana kadar kejayaan rawatan IVF amat menyakinkan.
Apa yang unik rawatan ini, pakar fertiliti akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur atau ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.
Sementelaah itu, difahamkan pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal, 30, berhasrat untuk melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan anak kembar.
Nyata rawatan ini bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai masalah kesuburan tetapi buat yang mempunyai keinginan anak kembar.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Wawa yang kini mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berkata, ia bagi melengkapkan jumlah ahli keluarga besar yang diinginkan.
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan.
“Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club