Guna Dua Bahan Semburan Dari Bahan Masakan, Pokok Dalam Dan Luar Rumah Segar Dan Berbunga. Mudah Aje Petua Ni!

Share

Bagi yang gemar bercucuk tanam tentu gembira apabila melihat tanaman subur dan merimbun.

Pelbagai petua digunakan untuk memastikan pokok segar dan ‘sihat’.

Sebagaimana yang digunakan oleh puan ini, hanya menggunakan semburan air beras dan basuhan ikan.

Selanjutnya lihat hasil menggunakan semburan ini.

Menggunakan dua petua untuk memastikan tumbuhan subur merimbun.

1.Air beras

2.Air basuhan ikan

Setiap pagi mesti kena belai dengan penuh kasih sayang semua kesayangan ni. Sembur daun daun dengan air beras. Kadang kadang tanah pokok ni siram dengan air beras @ air basuhan ikan.
Nak bagi pokok lebat berbunga saya letak air basuhan ikan je. Ikut petua mak di kampung.
Air basuhan beras wajib simpan okey. Spray pada daun. Serangga pun takut nak gigit daun. Air basuhan beras kali ke 2 bagus untuk basuh muka
Cactus dah 7 tahun. Meninggi dengan sihatnya. Takde baja apa siram je dengan air beras sesekali.
Pokok bunga rose baru di cantaskan batangnya sebab dah meninggi. Bila cantas automatik naik pucuk baru dan bunga. basuh ikan airnya tu buat siram pokok yang berbunga
Pokok yang menghijau subur.
Dalam rumah pun menghijau dan segar

Selamat mencuba!

Sumber: Atie Yatt