Bagi yang gemar bercucuk tanam tentu gembira apabila melihat tanaman subur dan merimbun.
Pelbagai petua digunakan untuk memastikan pokok segar dan ‘sihat’.
Sebagaimana yang digunakan oleh puan ini, hanya menggunakan semburan air beras dan basuhan ikan.
Selanjutnya lihat hasil menggunakan semburan ini.
Menggunakan dua petua untuk memastikan tumbuhan subur merimbun.
1.Air beras
2.Air basuhan ikan
Selamat mencuba!
Sumber: Atie Yatt
Ibu-Ibu Cuba Tip & Cara Psikologi Ini Untuk Elak Anak Kencing Malam Atas Tilam. Gerenti Membantu!
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
“Baby Lee Nak Bermanja Dalam Rahim Mak Tu”. Reaksi Adam Corrie Selepas Isterinya Tidak Jadi Dibedah kerana Kandungan belum Cukup Bulan.
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat dan dikehendakiNya.
Hanya Dia yang tahu bila waktu yang terbaik untuk hambanya, Semua yang tertulis bukan di tangan manusia. Itulah ganjarannya kalau kita memilih untuk terus bersabar.
Pasangan ini menanti 10 tahun untuk menimang cahaya mata. Doa dan usaha yang tidak pernah putus-putus akhirnya membuahkan hasil.
Biar diuji dengan masalah kesihatan, namun isteri kesayangan pelakon dan pendakwah Adam Corrie tetap kuat. Kini mereka tidak sabar dan teruja menantikan kehadiran si kecil dalam melengkapi rumah tangga yang dibina.
Dua hari lalu, Adam menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi berita bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan. Kandungan yang belum cukup bulan itu bagaimana pun masih dalam pemerhatian doktor.
Hari ini, Adam Corrie menyatakan isterinya tidak jadi dibedah, sebaliknya mendapat pemantauan dari pihak hospital memandangkan dia mempunyai masalah darah tinggi.
Dia juga meminta maaf kerana isterinya tidak dapat membalas mesej atau panggilan daripada sesiapa yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya kerana perlu berehat.
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. .
Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?.
.
Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?…
.
Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. .
.
Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm.
#adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️
Semoga Fazi kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai bakal ibu. Tak sabar tunggu si kecil ini lahir kan!
Sumber: IG Adam Corrie
Nazirah Nasir Pelajar Pintar, Umur 23 Tahun Sambung PhD Ikut Jejak Bapa
Nur Nazirah Md Nasir bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga bijak dan berilmu. Ini yang dipanggil ‘Beauty with brain’. Meniti usia 25 tahun, adik bongsu kepada Anzalna Nasir ini mendapat perhatian peminat pelakon jelita tersebut kerana kepintaran yang dimiliki. Bahkan sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi kejayaan Nazirah di media sosial miliknya yang memaparkan keputusan cemerlang ‘4 flat’ Nazirah pada setiap semester.
Merupakan graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, pencapaian Nazirah dalam bidang akademik nyata bukan calang-calang. Selepas berjaya menamatkan pengajian tersebut, dia kemudian mendapat tawaran mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM).
Dalam usia muda dan dapat ‘fast track’ sambung PhD, bukan semua orang mampu lakukan macam Nazirah. Memang bijak orangnya! Barangkali personaliti ini terinspirasi dengan kejayaan dan ikut jejak langkah bapa tersayang yang menyambung pelajaran hingga mampu bergelar Profesor.
Bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak November lalu.
Nazirah yang lahir pada 7 Julai 1997 di Montreal, Kanada, sah bergelar isteri kepada Umar Annuar pada Ogos 2020. Dia yang mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini terbuka berkongsi perkembangan terkini dan kisah kehidupan mereka lima beradik di samping didikan kedua-dua ibu bapa.
Mengakui segan ditemu bual Nona memandangkan dia bukan individu terkenal, namun demi untuk memberi inspirasi Nazirah akhirnya akur. “I’m currently pursuing a postgraduate degree at University Malaya. Rutin harian saya sama seperti kaum isteri lain yang perlu sediakan segala keperluan suami dan memasak sebelum pergi ke pejabat.
Kemudian, saya akan selesaikan semua kerja-kerja di rumah dan there are days when I’ll be at the Laboratory doing benchwork or at home finishing up some paperwork.”
Tambahnya sejak berstatus isteri, dia harus bijak menyesuaikan masa untuk pengajian dan suami. “Tak dinafikan saya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Saya akan pastikan ada masa untuk suami, keluarga, mentua, kawan dan juga diri sendiri. Begitu juga masa untuk ‘berada’ dekat dengan Allah SWT. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Bercerita soal kerjaya, saya mengimpikan untuk berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain sesuai dengan minat dan bidang pengajian yang saya ambil, saya juga mahu memberi sumbangan melalui apa yang sudah saya pelajari. Seterusnya membawa perubahan lebih baik kepada masyarakat.”
Ditanya ketegasan ibu bapa dalam mendidik mereka adik-beradik membuatkan Nazirah mampu berjaya sampai ke tahap sekarang, wanita cantik ini berkata dia bersyukur kerana ibu bapa tidak pernah beri tekann. Sebaliknya, sentiasa menyokong minat dan kemahuan anak-anak.
“Sejujurnya, cara didikan ibu bapa saya terhadap kami adik-beradik bukanlah tahap tegas yang melmpau. Mereka mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah paksa untuk kuat belajar. Sebaliknya mereka memberi anak-anak ruang untuk memilih haluan yang kami mahu.
Kesannya, cara tersebut sangat membantu saya bukan saja dari segi pelajaran tetapi juga kehidupan. Mereka memahami saya dan adik-beradik yang lain. Tidak pernah sesekali membanding-bandingkan kami dengan orang lain dan saya amat bersyukur dikurniakan ibu bapa sebaik mereka.
Mereka juga selalu mengingatkan saya supaya buat perkara yang saya suka dengan sepenuh hati dan mendidik kami adik-beradik agar menghormati serta berbuat baik kepada semua orang. Good manners are important.”
Mengulas usia perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun, Nazirah tanpa berselindung memberitahu dia bersyukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan cukup memahami. Menjawab keistimewaan suami di matanya, ini jawapan jujur Nazirah.
“Dia ialah suami dan lelaki terbaik di mata saya. Tak dinafikan, dia selalu manjakan saya dan sangat mengambil berat. Bukan saja terhadap diri saya tetapi juga keluarga. Sikap suami yang ringan tulang dan rajin bantu menguruskan kerja-kerja di rumah menyenangkan saya.
Sepanjang hampir dua tahun hidup bersama, kami akan pastikan walau sesibuk mana pun kami tetap ada masa untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagi saya, solat membuatkan kita berasa tenang dan dapat fikir lebih rasional.
Sumber : Tehtarikakaw
nazira