Guna Dua Bahan Ni Untuk Tumis, Rahsia Sup Tulang Jadi Lagi Sedap!

Share

Guna Dua Bahan Ni Untuk Tumis, Rahsia Sup Tulang Jadi Lagi Sedap!

Ramai yang gemar dengan masakan sup. Biarpun nampak senang, untuk membuat sup ni ada caranya untuk menjadi lebih sedap.

Begitu dengan cara memasak sup tulang. Nampak simple je, ‘campak’ aje bahan-bahan perencah sup. Namun tidak semua tahu bahawa ada rahsia penyedap sup tulang jadi lebih sedap dan pekat kuahnya iaitu dengan tumis batang saderi dan lobak merah yang dikisar. Nak tahu jom ikuti  resipi dikongsi oleh Puan Fazniza Razali.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang saya tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.

BAHAN-BAHAN 1:

3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar

Kisar bahan ini sampai halus.

BAHAN-BAHAN 2:

3 batang sadari
1 batang karot
Bahan ini pun dikisar sampai hancur.

BAHAN-BAHAN 3:

3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang (dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dibelah 4)
  • Air

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 yang sudah dikisar hingga bau wangi.

 

2. Kemudian masukkan bahan 2 yang sudah dikisar dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

3. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

4. Tambah air lagi jika tulang belum empuk dan ulang sehingga empuk. (sekitar 1 jam setengah)

5.Bila dah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dibelah.

6. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.

7. Biarkan dalam 10 minit sehingga ubi kentang empuk.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa taburkan juga bawang goreng dan daun sup.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Fazniza Razali

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club