Penggunaan cuka di dalam masakan, semua antara kita sedia maklum. Bukan sahaja digunakan untuk menyediakan menu masakan tradisi. Pun begitu, ada 8 lagi kegunaan cuka yang boleh dipraktiskan oleh ibu-ibu dalam mengurus hal rumah tangga.
Membunuh rumpai
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Ads
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan lantai
Ads
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ads
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik layan kuih je petang-petang, apa kata hari ini tukar pula selera dengan Mee Bandung. Walaupun simple tapi menyelerakan.
Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.
Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu! Jemput minum ptg..hujan² ni menu “Mee Bandung” ada yg minat ke.. ikot resepi arwah mak sy dlu,simple je..
Bahan-bahan:
1. Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
2. Kacang tanah (goreng & blend)
3. Udg kering ( blend)
4. Daging direbus (air rebusan asingkn)
5. Udang basah..
6. Telor Cara membuat:
Tumis cili sehingga naik myk,masukkn udg kering & kacang.
Ada sesetengah wanita memang ter-over dan gila-gila luar biasa. Betulke? Senang cakap, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Dan jika dibaca artikel yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2018 ini, memang menarik!
Dan ini antara pandangan dan luahan hatinya sebagai seorang suami dan lelaki dalam melihat ‘kegilaan’ minat wanita. Jom baca.
Perihal beg tangan dan tudung bawal
Tanpa prejudis, memang selalu ada andaian bahawa isteri saya berlebih-lebih, sehingga ke tahap membazir. Saya bercakap mengenai tudung bawal!
Seingat saya, sejak mula kahwin, hingga sekarang – sudah lebih tiga dekad berkongsi tilam – perihal kain penutup kepala itu kerap menjadi isu. Ada ketikanya isu tersebut berlarutan sehingga dia tidak bercakap dalam kereta, dan menunjukkan muncung ikan todak di meja makan.
Saya ada sebab tidak suka dia melebih-lebihkan tudung. Sebenarnya bukan sahaja tudung bawal, tetapi ada macam-macam design tudung lagi. Antara yang saya ingat ialah tudung ‘awning’, tudung belit leher, tudung bonjol unta, tudung layang-layang. Nama-nama ini saya beri mengikut cara tudung itu dipakai.
Bagi saya semua tudung itu, tidak kira apa material, design, warna atau corak, fungsinya hanya satu: menutup aurat seperti yang diwajibkan.
Mengapa perlu ada bawal, pari, awning dan semua itu? Tidakkah lebih mudah sekiranya ada dua, tiga atau lebih-lebih pun lima helai?
Saya membandingkan diri sendiri. Tidak pernah saya ada lebih dari dua helai singlet. Basuh satu, pakai satu lagi. Jika sudah koyak dan berlubang di perut, saya pakai untuk berkebun. Selagi tidak berlubang sana-sini seperti roti jala, saya tidak akan beli yang baru. Betul-betul menepati pepatah ‘alah membeli, menang memakai’.
Tetapi, dia pun ada alasan. Katanya, orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki tidak kira ‘trendy’, main bantai sahaja, asal boleh pakai.
“Tetapi kita orang perempuan lain,” katanya. Lain itu ertinya cara berhias dan berfesyen wanita tidak semudah sarung dan sangkut. Mesti ada tema. Kalau baju biru muda, tudung mesti biru tua. Kasut, beg tangan dan lain-lain aksesori pun mesti sesuai dengan tema.
Kalau tema merah, semua kena dekat-dekat dengan merah. Demikian juga jika kuning, kelabu tahi anjing dan sebagainya, mesti bertema. Katanya: “Kalau tidak bertema, nampak loklak!”
Saya memang tidak ambil kisah bab tema-tema. Seluar coklat, kemeja biru, stokin hijau tua pun kira okey. Loklak-moklak, apa yang penting selesa. Sebab hendak bertema-tema itulah yang pantang tengok tudung bawal, dia akan sambar. Hendak ke majlis rasmi, cari tudung baru. Makan kenduri kahwin, tudung baru.
Cari awning baru juga jika ada acara-acara tidak rasmi seperti kenduri masuk rumah baru, majlis berkhatan sepupu, hatta panggil kawan pejabat minum petang di rumah. Selalu dia bertanya pandangan saya – agaknya untuk mengambil hati – jika berkenan dengan satu-satu bawal: “Sesuai tak yang ni dengan saya?”
Tidak kira apa warna, apa jenama, jawapan saya sama dan selalu selamba: “Biasa jer…” Cuma sekiranya yang dia berkenan itu di luar kemampuan dompet, saya akan komen: “Tak sesuai langsung, loklak semacam!”
Dulu-dulu memang saya selalu membebel setiap kali dia merengek minta tudung baru. Tetapi sekarang sudah tua, saya mengikut sahaja, biar dia puas sanubari. Lagi pun tudung bawal adalah satu-satu kesukaannya sejak zaman asmaradana. Dia tidak pernah minta banglow mewah siap kolam renang, tidak juga emas berlian. Tambahan pula si bawal yang dia suka bukanlah dari jenama yang harga RM ribu-ribu. Waktu mula-mula kahwin dia sudah puas hati dengan tudung berharga RM10 atau RM15 sehelai.
Sekarang oleh sebab ada rezeki sikit, dan anak-anak sudah bekerja, dia memilih bawal atau l atau awning RM60 – RM70, lebih-lebih pun RM100. Ada juga pada hari-hari tertentu, seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan, sengaja saya suruh dia sambar emak bawal RM300 sehelai. Katanya: “Tak mahal sangat ker?” Pulak!
Oleh sebab terlalu banyak, saya sendiri tidak pasti apakah dia ada masa dan kesempatan untuk memakai semua tudung-tudung yang beraneka itu.Apa yang saya pasti ruang baju saya di almari besar itu semakin sempit, sebab lebih banyak ruang digunakan untuk menggantung bawal. Sebab itu saya kata dia sudah terlebih!
Sesetengah wanita memang ter-‘over’ dan gila-gila luar biasa
Tetapi, rupanya bukan dia sahaja yang berlebih-lebih. Saya berbual dengan rakan-rakan sekerja wanita, dan rata-rata mempunyai perangai ter-‘over-over’.
Dalam kalangan wanita bekerja, ramai yang terlebih-lebih baju. Kalau boleh setiap hari dalam sebulan pergi ke pejabat dengan baju baru. Tidak mahu ulang pakai baju yang sama.
Maka saya tidak terkejut apabila seorang rakan wartawan memberitahu isterinya mempunyai tiga almari baju; boleh buka butik sendiri, dan boleh adakan SALE sendiri di rumah.
Alkisah ada juga wanita yang gila-gilanya pada pinggan mangkuk. Pantang ada ‘rumbungan Cik Kiah’ ke Langkawi dia mesti ikut sebab di Pulau Mahsuri itu dikatakan pinggan mangkuk memang murah. Ada macam-macam set minum petang, set makan malam, set sarapan, dan set-set makan lain. Tidak muat lagi untuk disimpan dalam almari, dia membuat satu stor khas hanya untuk menyimpan pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
Minat paling teruk lagi menyeramkan yang pernah saya dengar, dan lihat sendiri, ialah kegilaan mengumpul pisau. Saya pernah berkunjung ke kediaman opah bercucu sembilan ini dan ditunjukkan satu lemari penuh dengan pisau.
Hatta, ada juga wanita yang tahap ‘ovr’-nya melampaui paras normal, hingga sukar untuk diterima akal. Dia memiliki sejumlah kira-kira 300 beg tangan. Dia mungkin boleh dimasukkan dalam ‘Book of World Records’ sebagai wanita paling banyak memiliki beg tangan. Dengan hanya dua tangan yang dikurniakan Allah, ramai tertanya-tanya bagaimana dan bila beg-beg tangan tersebut dapat digunakan.
Tambahan pula beg tersebut semuanya berjenama supermewah, harganya setiap satu bukan RM ribu-ribu,tetapi RM puluhan, dan RM ratusan ribu. Malah, ada yang harganya mencecah RM 1 juta.
Selain beg tangan yang nilainya jutaan RM itu, wanita ini juga meminati intan berlian, berkotak-kotak disimpan di dalam rumah. Setakat rencana ini ditulis, belum diketahui berapa nilai sebenar berlian yang banyak itu. Isteri saya memiliki 300 tudung bawal, harganya tidak lebih RM100 sehelai. Sedangkan ada orang memiliki 300 beg tangan mewah yang harganya setiap satu RM100,000.
Betullah, sesetengah wanita memang ter-‘over-over’!
sumber : Majalah Keluarga Julai-Ogos 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua ibu bapa diberi ujian anak istimewa. Ada yang tidak boleh menerima hakikat zuriat mereka memiliki ‘kekurangan’ , namun bagi yang reda, itu semua dianggap dugaan dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Selebriti bernama Fynn Jamal yang mempunyai anak angkat autisme mengakui itu satu anugerah yang cukup istimewa. Walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri, namun Fynn dan suami cukup menyayangi anak ini. Sehinggakan beliau mencipta satu lagu khas buat putera kesayangannya iaitu Arjuna beta.
Anak kecil yang kini dipanggil Juna dilahirkan dengan masalah jantung, namun selepas pembedahan dia pulih sepenuhnya. Namun apabila Juna makin besar, Fynn mula melihat ada ‘kelainan’ pada Juna.
Juna telah dibawa menjalani pemeriksaan dan hasil ujian pakar mengesahkan Juna penghidap autisme kategori mild.
Menurut Fynn Jamal, beliau jarang bercerita mengenai hal tersebut. Namun selepas menonton satu video berkenaan lelaki autisme di kaca tv menyebabkan dia berkongsi luahan di laman instagramnya.
sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku. Sebab juna macam dia. aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi, sampai pagi ni.
“Ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa.
Menurut Fynn Jamal lagi, anaknya itu sama seperti lelaki 22 tahun di dalam video tersebut.
“Aku tak tau tentang lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan untuk membincangkan tentang dia; tapi juna amat taksub dengan memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya.
“Semuanya, untuk seni lukisan / playdoh dia. Selalu dah juna tiba-tiba kejar amoi2 seksi sebab dia nak faham curves. Pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. Badan mummy daddy memang habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama-lama. nak cuba paham.
“sebab itu anak dara aku. SENTIASA PAKAI SELUAR. juna ada obsession dengan anatomi. Jasad orang; DAN jasad dia,” ujar Fynn Jamal lagi.
Perkongsian Fynn Jamal tersebut mendapat reaksi dari pengikut. Ada yang tidak tahu anak selebriti ini rupanya menghidap autisme. Selain turut berkongsi cerita dan pengalaman memiliki anak istimewa tersebut.
catrionabrianrossI keluar air mata reading your post and tgk the video..lebih dr faham bahawasanya orang luar takkan faham our strugle.
wateva_la@fynnjamal yours words are so true.. especially part, “Cuba handle sehari, tgk tahan tak…
lovely.skinzsaya sendiri ada pengalaman tiba2 kena cium dgn seorang remaja lelaki kat sebuah majlis perkahwinan. tapi melihatkan rupa dan perwatakan dia saya tahu dia istimewa. jadi saya gelak sahaja. ayahnya minta maaf kat saya. saya kata tak apa. kerana saya tahu remaja itu tak tahu apa2 pun.
fynnjamal@ekachu_ tu sbb faham kenapa gomen tak mampu nak cater to our children. sekolah khas autism paling murah pun sebulan rm2k. tak marah pun. sbb satu murid satu cikgu. xpe.
tunteja_hudaztq akk dgn pnjelasan ni skurg2 kmi yg xbiase dgn org autism ni bolh pham… smoga juna d bwah lindungan Allah…
ommasyantikPernah nangis tp x pernah sesyahdu ini ??
kayfzl@fynnjamal oh ya kak fynn sunat kat mana? Takut sbb aryan da 8 tahun..xtau kat mana yg blh terima aryan utk sunat ni
afrozseAllah tahu how much each of His beloved slave can handle. My heart goes out to all mothers who are going through tests and challenges in this world. Please take comfort that jannatul firdaus is waiting for all of you. May Allah bless you all ?.
amalina.ridhuankak, teruskn bcerita dan bkongsi psl juna, secara tak langsung kami dapat faham sisi lain kanak2 autism. menarik perkongsian akak ni. teruskan myampaikan ilmu kak?
anisfakhirakhirzani@fynnjamal yesss I pun honestly learned a lot about autism from your posts, Kak Fynn ? thank you for sharing. I pray that Allah will shower you with endless blessings…moga tak putus rahmat dan redha buat akak
kiki_kakasheBaru Tau arini juna yg cerdik tu mcm tu. Juna bleh bercakap x
nanatakimSedihnya bace…semoga Allah beri kekuatan, ketabahan dan rezeki yg melimpah kpd penjaga anak2 istimewa ni..
nurfarrr yes betul.. Saya ada kawan yg langsung tak tahu apa tuu autism. Bila saya nak terangkan dia cakap “mungkin sebab tak ada apa kepentingan lagi kot untuk aku tahu. Takpe laa.. Nanti2 bila perlu aku amik tahu ye”.. Saya sedih terdiam bila dengar dia cakap centu. Ntah laa.. Masih kurang autism awareness dalam masyarakat kita nih rupanya.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.