Papan pemotong ini memang banyak gunanya. Tapi jika tak jaga kebersihan boleh menjadi ‘sarang’ bakteria. Maklumlah hari-hari kita guna ketika didapur.
Menurut Dr Charles Gerba iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Arizona mengatakan ” Papan pemotong di dapur mempunyai 200 kali ganda bakteria berbanding bakteria di mangkuk tandas”.
Dan bakteria ini adalah sama seperti bakteria di dalam tinja anda. Ianya adalah kuman Salmonella dan juga E. coli.
Sebenarnya walaupun kita telah membersihkan papan pemotong itu dengan cermat, masih akan terdapat juga bakteria tersebut pada papan pemotong tersebut terutamanya papan pemotong yang mempunyai calar dan daki yang kehitaman pada papan pemotong tersebut.
Sehubungan itu, menerusi facebook Fatimah Salim yang juga merupakan seorang ahli kimia, berkongsi cara untuk membersihkan papan pemotong dengan cara yang mudah tanpa perlu menyental.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Kredit: Fatimah Salim