Tak tahu nak buat macam mana lagi  untuk hilangkan bau masakan dalam rumah? Paling tak boleh tahan selepas siap menggoreng ikan. Memang kuat baunya, bukan sahaja terhidu di ruang dapur malah satu rumah berbau. Jika asyik nak spray pewangi udara pun kena banyak modal.

Jadi alangkah baiknya jika kita menggunakan bahan-bahan yang lebih murah dan mudah didapati untuk atasi masalah bau yang kurang menyenangkan ini. Nak tahu bagaimana jom semak apa yang dibuat oleh Puan Anis Hkmn ini.


 

Cara penyediaan:

Ambil 5@6 helai daun limau atau ikut puan-puan semua nak guna banyak mana. Lepas tu rebus.

Wooowwww. Wangi je rumah. Bau limau la. Heehehe. Memang kurang sikit bau ikan goreng. Tapi make sure masa goreng ikan tu buka la pintu dapur. At least boleh keluar bau-bau masakan.

IKLAN

Ini cara yang diamalkan oleh Puan Anis Hkmn yang telah dikongsikan melalui MAHN dan boleh dicuba untuk membantu anda mengharumkan ruangan kediaman.

Selain cara ini, ada lagi 7 cara lain yang juga boleh anda praktiskan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Jom semak!


Tip Harumkan Ruang Dapur

1. Kulit Limau+ Kulit Kayu Manis Ambil kulit limau dan didihkan bersama air. Kemudian  masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Masak sehingga ramuan beraroma dan sejukkan. Masukkan ke dalam botol spray dan sedia untuk digunakan untuk tujuan mewangikan ruangan dapur malah seluruh rumah.

2. Guna Arang Letak arang di mana-mana tempat yang sesuai. Jika hendak nampak cantik letakkan arang di dalam pasu dan hias bersama dengan bunga hiasan supaya nampak lebih menarik dan bergaya.

3. Bancuh KopiBancuh air kopi yang sengaja dibuat pekat bertujuanuntuk menyebarkan aroma kopi yang segar di seluruh ruangan. Cara ini cukup mudah dan pantas!

4. Soda BikarbinatLetakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik di mana-mana ruang dan ia dikatakan soda bikarbonat ini begitu aktif  menyerap bau yang kurang menyenangkan.

 

5. Daun PandanSeperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, sebab itulah ia digunakan sebagai bahan asas dalam bunga rampai.

Jika ada menanam daun pandan di halaman rumah, ambil 2-3 helai daun pandan dan simpulkan. Kemudian letakkan di  mana-mana ruang kediaman.  Jika ingin lebih berkesan, hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkan di dalam bekas. Memang harum semerbak!

6. Limau Kasturi Limau kasturi juga mempunyai aroma yang cukup menyegarkan. Caranya mudah, hiris nipis dan letakkan di dalam bekas kaca berisi air. Letakkan di atas meja dan dalam masa yang sama turut berfungsi menjadi salah satu elemen dekorasi yang ringkas dan menarik.

7. Esen VanillaAromanya memang cukup menenangkan. Ambil sahaja esen vanila dan tuangkan ke dalam bekas berisi air. Secara langsung akan semerbak mewangi ruang kediaman.