Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Ads
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Ads
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
Ads
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Kadang kala, masak menu yang sama jemu juga terutama masakan berasaskan mee. Selain mee sup atau goreng tentu kita tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Tentu nak cari kelainan.
Apa kata cuba menu Mee sup ala Thai. Rasa memang superb walaupun tidak menggunakan sup bunjut.
Mee sup Ala Thai
Bahan-bahan:
– Bawang merah 6 biji (blend )
– Bawang putih 6 ulas ( blend )
– lada hitam 1 sudu ( blend )
– rempah 3 sekawan * kayu manis…bunga lawang dan bunga cengkih
– ayam / daging / udang / sotong
– sayur-sayur carrot & sawi
– limau kasturi ( 2 biji )
– telur
– daun sup
– bawang goreng
Cara penyedian:
– tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
– masukkan bahan lauk-lauk. masak hingga separuh masak
– masukan carrot
– masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
– masukkan mee yg telah dibersihkan
– pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
– masukkan sawi
– perah limau
– sebatikan dgn perasa
– taburkan bawang goreng & daun sup
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Darl Wina Home Decor via Masak Apa Hari Ini.
Ramai orang masih menggunakan putik kapas atau cotton bud untuk membersihkan telinga, bahkan ada juga antaranya kalau sehari tidak dapat korek telinga rasa tidak bersih dirinya sedangkan tindakan tersebut sebenarnya mengundang bahaya dan boleh membawa kepada gegendang telinga pecah.
Ini sepertimana yang telah terjadi kepada seorang wanita ini, disebabkan setiap kali selepas mandi menjadi habitnya mesti korek telinga akhirnya mengundang padah.
Faridah Arshad yang juga pengguna aplikasi TikTok telah berkongsi kesan di atas perbuatannya itu menjadi punca mengakibatkan gegendang telinganya pecah dan merasakan sakit yang tersangat hingga tidak dapat tidur semalaman sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
“Mula-mula ingatkan air biasa yang keluar dari telinga tapi rupanya nanah. Makin lama makin sakit sampai terasa bunyi letup-letup dalam telinga. Tak boleh tidur.”
Mendedahkan lagi berkenaan tanda-tanda awal yang dia rasa sebelum benar-benar sakit adalah difahamkan bahawa sebelum itu dia ada dengar seakan bunyi meletup di telingnya.
“Pada hari kejadian yang benda letup-letup tu macam bergerak, itu mula rasa tak selesa. Saya korek telinga dengan cotton bud sebab nak tahu. Bila saya korek yang keluar bukan tahi telinga tapi cecair macam nanah.
“Saya pelik juga sebab keluar nanah tak sakit, itu yang saya korek lagi dan korek lagi makin dalam.
“Malam tu tiba-tiba saya tengar seakan bunyi tup dalam telinga saya dan terus sakit sangat hingga tidak boleh tidur malam. Sakit yang tersangat sakit!,”ujarnya.
Dapatkan Rawatan
Selepas berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan, doktor jelaskan kepadanya bahawa gegendang telinganya pecah.
Atas sebab itu dia telah dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, namun Faridah akui telinganya masih ada nanah yang meleleh dan terpaksa menyumbatkan kapas buat sementara agar cecair tersebut tidak terus meleleh keluar daripada telinganya.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat semua agar tidak lagi menggunakan cotton bud untuk membersihkan telinga.
Hakikatnya kita semua tidak perlu pun korek telinga dan sebaiknya ikut saranan doktor dengan sekadar mengalirkan air bersih pada telinga atau beli ubat titis bagi melarutkan kotoran atau lagi bagus membuat rawatan pembersihan khas bersama doktor yang profesional.
Pegaga selain enak dimakan sebagai ulam, juga diketahui banyak khasiatnya dan dikatakan andai diamalkan selalu seseorang itu akan kelihatan awet muda.
Pun begitu, tahukah anda cara yang bagaimana untuk amalkan ulam pegaga selain dimakan mentah.
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi minuman teh dengan daun Pegaga. Jom semak.
TEH PEGAGA UNTUK AWET MUDA, OTAK BIJAK, BADAN CERGAS, SUSU BANYAK
Resipi teh ni dikongsikan oleh guru herba fiona, seorang pakar herba hebat dan juga doktor medikal yang dah berkhidmat selama 40 tahun dengan kerajaan.
Kalau ikutkan, boleh terus saja buat jus dari bahan-bahan yang digunakan, namun ada sebab kenapa juicing, blending, smoothie perlu dielakkan, katanya.
Kalau tidak kerana merosakkan khasiat, berisiko mengeluarkan racun, dan yang sedap boleh jadi pahit, pasti dah lama fiona blend.
Sudahnya, kau minum sia-sia saja.
Hari ni fiona kongsi cara buat teh yang bagus diamalkan setiap pagi. Boleh tambah bahan-bahan lain yang bersifat panas.
APA KHASIAT TEH AWET MUDA NI?
1. Bantu badan cergas dan panas (halia, madu)
2. Bantu tingkatkan kecekapan otak (pegaga, teh hijau)
3. Bantu lancarkan darah, dan mudah berpeluh (halia, madu)
4. Awet muda untuk otak dan kulit (pegaga, teh hijau)
5. Kurangkan masalah kembung perut (halia, madu)
6. Lancarkan penghadaman (halia, madu)
BOLEH TAMBAH BAHAN?
Ya, boleh.
1. Untuk fiona yang selalu ada masalah kekejangan otot waktu bersenam pagi, fiona akan tambahkan seketul dua kayu manis yang dah dipecah-pecahkan kepada saiz kecil.
Boleh guna kayu manis ceylon, boleh guna kayu manis biasa. Takde masalah.
Kayu manis boleh mengurangkan kekejangan otot, dan bantu darah jadi lebih lancar. Bukan itu saja, lemak di perut juga cepat terbakar.
2. Untuk anda yang bekerja berat, dan perlukan tenaga tambahan, boleh makan sebiji pisang lepas minum teh ni ok. Pisang kalorinya tinggi, dan beri tenaga instant.
3. Nak tambah fungsi detox? Boleh tambah beberapa biji halba (beberapa biji saja ok, bukan sesudu), ke dalam teh. Halba ada fungsi detox dan purification.
SAYA MENYUSU. BOLEH MINUM?
Ofkoss boleh. Tapi…ada tapi dia.
Jangan letak teh hijau ok. Kenapa?
Sebab teh hijau ni ada kafein. Kafein boleh beri kesan pada pengeluaran susu ibu.
Ingat tak resipi air serai yang fiona kongsi dulu? Ok, air serai ni ada green tea. Dan fiona tak galakkan anda campur teh hijau jika menyusu. Dan jika mengandung, tak boleh minum kerana fungsi serai yang mengecutkan rahim.
Pegaga bantu susu ibu jadi lebih banyak. Ibu sihat, susu meriah, anak pun bijak.
SAYA MENGANDUNG. BOLEH MINUM?
Ofkoss boleh. Ibu yang selalu ada masalah kencing kotor, bolehlah minum.
Pegaga juga boleh bantu kurangkan risiko varicose veins (salur darah yang kelihatan seperti sarang labah-labah di kaki ibu).
Halia juga boleh bantu kurangkan kembung perut, rasa mual dan loya.
SAYA SEDANG BERPANTANG. BOLEH MINUM?
Bagus sangat, sebab teh ni ibarat tonik untuk otak, emosi dan juga kulit ibu.
Kulit cantik, otak sihat, emosi stabil dan ibu pun cergas.
Boleh tambah sikit hirisan kunyit atau kayu manis untuk jadikan ia post-partum tea (teh ibu berpantang).
Boleh tengok cara fiona buat teh ni ok. Tiada bahan tambahan, hanya yang basic saja.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.