Guna Bekas ‘Tipuware’ Untuk Tanaman Hidroponik. Begini Nak Buatnya, Mudah & Tak Perlu Beli!

Share

Bila banyak sangat bekas ‘tipuware’ di rumah dan tak tahu nak buat apa, elok kiranya untuk digunakan dalam projek tanaman hidroponik seperti yang dikongsikan oleh D’Pro A’nas ini.

Nyata tidaklah sukar penyediaannya dan bolehlah dipraktikkan.

Ini perkongsiannya.

Jangan buang bekas-bekas kosong yang dah digunakan..Sayang tau..banyak kegunaannya.

Masih ada kawan kita yang ingin Mengetahui antara cara-cara BerHIDROPONIK..

Saya SHAREKAN buat My Lovely kawan-kawan mengembangkan minda tambah pengetahuan.

SEMAIAN HIDROPONIK MENGUNAKAN COCOPEAT SISTEM SUMBU / WICK.

Bahan-bahannya ;
1. Bekas tupeware / Botol Mineral / Botol Cola yang tak digunakan lagi atau apa-apa bekas yang boleh menakung air.

2.Kain Microfaber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.

3. Cocopeak ( Hampas sabut kelapa )
Nursery / Kedai Naja ada jual.

4. Soldering Ion untuk  membuat lubang

5.Alumium Foil untuk membalut bekas tupeware yang tranferent agar tak berlumut bila terkena matahari.

Mana yang creatif tu..Boleh pakai Reben ke..Balut cantik-cantik….warna Warni….Spray/Cat….Janji Cantik..

6. Anak pokok pindah masuk dari semaian bila dah 4 daun..

Semai terus sebiji benih atas cocopeat..

7. Baja AB
NURSERY /SHOPEE / LAZADA ada jual

CARA-CARANYA :

1. Tebuk sebelah menyebelah, kain masuk tengah-tengah. Tarik ke bawah sampai cecah bawah bekas.

 

2. Akar dah keluar bila umur pokok meningkat dari lubang-lubang yang telah ditebuk.

3. Keadaan sumbu masuk ke dalam bekas.

 

Kaedah yang sama cuma cara persembahan dan bekas berbeza.

BERKEBUN HOBI KU

Selamat Berkebun

Sumber : D’Pro A’Nas

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club