Ramai yang suka berkebun di halaman rumah tentu puas hati apabila hasil tanaman menjadi. Namun bagi yang tinggal di kediaman di bertingkat seperti apartment atau kondominium juga boleh berbuat demikian.
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk memastikan tanaman menjadi antaranya mengikut kaedah hidroponik. Sebagaimana perkongsian Amara Ann Kasim yang menunjukkan kotak polisterin, cawan mi segera, bekas yogurt dan bekas aiskrim untuk penanaman sayuran seperti sawi, salad dan sayur kailan.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Di sebabkan ramai yang tanya cara saya tanam guna kaedah hidroponik guna bekas terpakai saya sharekan sini caranya.
Untuk lebih faham di setiap gambar ada penerangan dia dan video dia sekali. Saya pun baru berjinak-jinak tanam guna kaedah ni. Pertama kali mencuba alhamdulilah menjadi.
Saya banyak belajar dari pemerhatian di youtube dan dari sharing kawan-kawan dalam group kebun.
KAEDAH TANAMAN
JENIS BAJA
Ads
Saya menggunakan air baja ab. Sukatan dia bergantung kepada seller yang menjual baja ab tu. Jenama baja ab apa-apa pun boleh guna dengan sukatan yang betul.
Baja saya beli sini 👉🏻 https://shope.ee/5pVe0oXA5A
Saya juga menggunakan medium cocopeat campur tanah hitam sikit dlm pot tanaman saya berfungsi untuk pegang anak pokok yang masih kecil. Jadi guna apa yang sedia ada je.
JENIS TANAH
Cocopeat saya selalu beli sini 👉🏻 https://shope.ee/3V7jEgOo1R (30 sen)
BEKAS
Ads
Bekas tanaman saya guna bekas aiskrim, meggi cup dan pot dia saya guna bekas yougart je dan apa-apa bekas pon boleh.
RUMAH TINGKAT 4 TANAM DI BALKONI
Saya tanam di balkoni rumah tingkat 4 je. Balkoni depan kena cahaya pagi sahaja. Dari kul 8-11am. Balkoni belakang dari kul 2.30-6pm je. Yang penting ada ABC (air,baja,cahaya)
Saya harap perkongsian saya ni memberikan sedikit sebanyak ilmu yang boleh di -manfaatkan bersama-sama rakan-rakan kebun yang rasa-rasa baru nak berjinak-jinak nak bertanam.
Jangan mudah putus asa. Cuma doakan saya di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan.
Terima kasih sahabat kebun yang sudi beri tunjuk ajar pada saya sebelum ini. Selamat berkebun semua. Ilmu yang bermanfaat elok di kongsi bersama.
Bukan mudah bagi Nurul Shafina Mazani, 26, untuk menempuhi hari-hari mendatang. Kepulangan puteri sulungnya, Afeeya Mikayla dijemput Ilahi pada 13 April lalu, sekali gus meninggalkan ruang kosong dalam jiwanya.
Pilu dalam hati, tak siapa mampu mengerti. Itulah perasaan seorang ibu yang kehilangan zuriat tercinta, lebih-lebih lagi pertama kali bergelar ibu.
Berkongsi cerita, Nurul Shafina memberitahu, anaknya yang meninggal dunia pada usia tiga bulan 12 hari didiagnosis menghidap beberapa komplikasi berkaitan usus sejak dilahirkan pada 1 Januari lalu.
“Lepas lahir baru dapat tahu dia sakit. Selepas beberapa hari, dia masih tak buang air besar. Jadi doktor ambil sampel usus untuk ujian makmal. Doktor maklumkan usus kecil dan usus besar bayi kami tiada saraf, jadi ia tak dapat berfungsi.
“Sejak lahir sampai umurnya tiga bulan, dia duduk di hospital. Kemudian doktor panggil kami, maklumkan dah tak ada rawatan untuk teruskan. Jadi doktor akan off ubat dan drip air dia. Sebelum bawa balik, doktor pun dah maklumkan apa akan jadi.
“Doktor kata, dia hanya mampu bertahan dalam tujuh hari ke bawah. Tapi Alhamdulillah, bayi kami bertahan tujuh hari. Sepanjang tempoh itu, saya dan suami ada bagi dia susu dan air zam-zam. Tapi sebanyak mana kuantiti yang kami bagi, sebanyak itu juga yang keluar.
“Pada 13 April, tepat pukul 12 malam dia dah tak ada. Genap tujuh hari dia dibawa balik ke rumah. Sebelum dia pergi, setiap hari saya doa agar urusan dipermudahkan, tak sanggup tengok dia seksa. Jadi saya reda dia pergi,” ujarnya sebak.
Akuinya yang dipanggil Fina masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas puteri kesayangannya pergi buat selama-lamanya, minggu lalu.
Enggan terus berduka, Fina berkata, dia hanya mengambil cuti selama tiga hari sebelum kembali bekerja bagi meredakan kesedihannya.
Lebih memilukan,dia dan suami, Muhammad Faisal, 25, juga sudah membuat persiapan lebaran termasuk membeli pakaian buat anaknya.
Namun dia reda dengan ketentuan Allah dan menganggap tiada rezeki untuknya meraikan Aidilfitri sebagai seorang ibu pada tahun ini.
“Saya sebenarnya dah beli baju raya untuk dia, siap beli gaun. Tapi tak apalah, Allah lebih sayangkan dia. Baju raya saya dan suami belum beli lagi, tiada semangat nak raya tahun ni.
“Tapi saya bersyukur, suami banyak beri kekuatan. Dia pun sedih, tapi dia perlu kuat untuk saya. Selain itu, adik-beradik, keluarga dan kawan-kawan pun banyak bagi semangat,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.
Untuk rekod, Fina pada Mac 2020 pernah mendapat liputan mStar apabila ibunya, Allahyarham Rosimah Ismail meninggal dunia akibat kanser lidah.
Ujar Fina lagi, dia reda dengan ujian yang bertalu-talu dalam tempoh singkat, di samping berterima kasih atas titipan doa netizen buat keluarganya.
“Orang tahu, saya diuji bertalu-talu. Pada 2020, saya jaga mak saya yang sakit kanser lidah sehingga ke akhir hayatnya. Kali ini anak sulung saya pun sudah tiada.
“Saya ingat 2022 ada berita gembira, tak seperti 2020. Tapi sama saja. Saya reda, baby pergi jumpa nenek dia. Terima kasih kepada semua netizen yang doakan kami, terharu baca doa anda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apaun asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran dan kesetian pasangan serta menerima seadanya pasangan.
Moga 27 tip mudah ini menjadi panduan dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.
Bila tengok pada luaran seperti seorang ‘gengster’, dengan memakai rantai leher besi, bersinglet dan muka yang garang! Namun bak kata pepatah omputeh, ‘dont judge a book by its cover’, walaupun luarannya begitu namun siapa sangka lelaki ini ‘anak mak’!
Terkenal di laman Tiktok, Muhammad Mikhael Sathayah, 39, dengan ibu, M Muniamah, 73, yang digelar ‘mak titew’ sangat erat biarpun berlainan agama kerana pemuda berasal dari Tambun, Perak itu memilih memeluk Islam.
Gelagat menghiburkan Muhammad Mikhael yang turut mengelarkan diri ‘muka gengster’ mendapat perhatian warganet sejak beberapa bulan lalu di platform tersebut.
Pemuda itu kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan konten menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej ‘gengster’.
Muhammad Mikhael berkata, biarpun mereka berlainan agama, ibunya tetap menerima ketentuan itu dengan hati terbuka malah hubungan mereka kekal erat dan saling menghormati.
Menurutnya, keputusannya memeluk Islam pada 2018 diterima ibu malah wanita itu turut menggalakkan dia menjadi Muslim yang baik biarpun keputusannya mendapat pelbagai reaksi orang sekeliling.
Katanya, sebelum ini dia merasai kekosongan dalam jiwa biarpun secara luaran tampak berjaya dan bekerjaya dengan pendapatan lumayan namun dia sebenarnya sentiasa mencari erti kehidupan.
“Sebelum ini, saya bekerja di kelab malam selama 10 tahun sejak usia 18 tahun. Ketika itu memang tidak pernah melihat matahari, pergi kerja jam 6 petang, pulang pula awal pagi menghampiri Subuh.
“Kehidupan ketika itu terasa kosong serta tidak bahagia terutama selepas pemergian ayah pada 2003. Saya mencari dan mengejar dunia, semakin hari semakin kosong hati saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, hatinya mula terjentik dengan Islam sejak 2008 selepas mendalami beberapa agama apabila mendengar satu suara ‘aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan pada kamu terima sajalah’ sebelum dia menemui jalan ‘penamat’ pada 2018.
Dalam tempoh 10 tahun, anak bongsu daripada dua beradik itu melawan dan berperang dengan dirinya agar tidak memilih Islam tetapi mengakui sepanjang tempoh itu, dia sudah mengalami perubahan positif seperti meninggalkan tabiat beli nombor ekor, minuman keras selain semakin menyayangi ibu dan berasa tenang setiap kali mendengar azan serta mahu ke masjid.
“Tetapi saya masih lawan perasaan itu, berperang dengan diri. Saya cakap saya tidak akan memeluk Islam. Selepas berhenti kerja di kelab, saya kerja di taman tema di Tambun dan rezeki saya mencurah dan dinaikan pangkat.
“Satu hari hidayah kedua datang apabila berlaku kejadian yang saya anggap hampir meragut nyawa berikutan berasa sangat sakit di dada hingga saya merasakan itu adalah saat pengakhiran hidup.
“Ketika rebah dan mahu menghubungi ambulans, azan Maghrib berkumandang dan saya cakap kalau saya tak mati, saya nak masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Rasa sakit itu kemudiannya beransur hilang,” katanya yang kini sudah berhenti kerja dan menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.
Muhammad Mikhael berkata, selepas itu, dia sempat berfikir jika ia hanya mainan perasaan sebelum tekad sepenuhnya memeluk Islam selepas seminggu kejadian berlaku.
“Saya rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dengan tenang di pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 20 September 2018.
“Sebelum ke pejabat agama, saya beritahu mak terlebih dahulu hasrat masuk Islam. Mak terdiam serta terkejut, tetapi kemudian senyum dan beri kebenaran,” katanya.
Menurutnya, pilihannya ini turut membawa kepada cakap orang sekeliling yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, bukan seorang ibu yang baik dan terlalu memanjakannya namun semua itu tidak dihiraukan dan wanita tersayang terbabit tetap menerimanya.
“Saya sangat berterima kasih kepada mak yang sentiasa bersama saya sehingga kini, mak hadiahkan saya sejadah dan temankan saya ke masjid.
“Walaupun kami berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya kata panas tetapi mak kata tak apa.
“Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak mahu tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak.
“Persepsi yang mengatakan mak hilang anak, kami tidak boleh bersama seperti sebelum ini ternyata salah. Hakikatnya kami masih bersama asalkan saya tahu batas agama. Bagi saya, mak segala-galanya dan saya sangat menyayanginya,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhammad Mikhael berkata, dia mengakui hidayah kedua sangat jelas dan terang namun perjalanannya sebagai Muslim masih terlalu panjang.
Katanya, tahun pertama bergelar mualaf dia tidak menunaikan solat dan semuanya berubah selepas berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang dilarang dalam agama.
Mengakui dirinya kini tenang dan jiwanya juga tidak berasa kosong, dia juga masih berusaha menjadi Muslim yang baik dan sentiasa mendalami Islam.
“Saya berterima kasih kepada rakan, Cef Tarmizi, Abang Fitri dan Abang Ijan yang banyak membimbing dan menghadiahkan sejadah serta al-Quran kepada saya,” katanya yang turut menghargai bantuan rakannya, DJ Fluffy berikutan banyak membantu di saatnya susah dan senang.
Berhubung video TikToknya, Muhammad Mikhael berkata, dia hanya menjawab soalan pengikutnya dan tidak menyangka akan tular hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
“Saya memang tidak pernah cerita dalam TikTok mengenai agama, jadi apabila ramai bertanya, saya ambil keputusan bercerita dan mungkin juga sudah sampai masanya. Saya akan menjaga imej Islam dengan baik termasuk dalam konten.
“Memakai baju merah jambu itu pada mulanya untuk menghiburkan rakan yang berasa lucu melihat saya pakai ‘t-shirt’ merah jambu ke ‘gym’ dan wajah gengster itu juga hanya imej saja,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di