Guna Bawang Putih Jika Tidak Mahu Pokok Cili Mati & Diserang Semut. Petua Yang Cukup Mudah, Jom Try!

Share

Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.

Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya.  Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.

Bahan-bahannya:

Beberapa ulas bawang putih

Langkah-langkah:

Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.

Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.

Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri