PKP ini selain mencuba resipi baru, sudah pastinya ada yang mula berjinak-jinak untuk bercucuk tanam. Tentu ada yang sudah mula membeli benih secara atas talian untuk di tanam di halaman rumah. Tentu ada yang tidak sabar untuk menantikan hasilnya.
Tapi kadang kala, pokok tidak menjadi, layu dan tidak subur. Sudah tentu kita mencari baja yang sesuai untuk memastikan tanaman tidak rosak dan menjadi subur.
Bagaimanapun perkongsian ini menarik untuk kita ketahui apabila beliau menerangkan kaedah baja hanya mengunakan bawang dan gula merah untuk menyuburkan pokok.
Cara membuat baja bawang
Atas permintaan kawan-kawan yang mula berjinak jadi ahli kebun sekangkang kera. Sis share rahsia cara buat baja semulajadi a.k.a MOL (Mikro Organisma Lokal) yang penting semua bahan organik untuk pokok-pokok yang ditanam sdri. Bebas racun dan bhn kimia.
Bahan-bahan:
1. 1kg bwg india/bwg merah
2. 1kg gula merah
Cara penyediaan:
3. Cincang bawang merah
4. Letakkan gula merah kedalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah.
5. Tutup bekas dengantisu dapur dan tutup @ boleh juga just ikat dgn kain(untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat) 6. Tandakan tarikh
7. Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.
*Lebihan bhn tapis boleh buang di sekeliling umbi2 pokok dgn jarak sjengkal dr pokok..
Cara guna pengunaan baja
1. 5ml utk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai,air cuckoo, air coway atau yg seangkatan.
2. Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.
*Untuk mol bawang putih juga kaedah yg sama.
*Mol bawang merah utk menggalakkan pertumbuhan akar *Mol bawang putih utk kawalan serangga secara organik.
INILAH HASILNYA, SUBURNYA POKOK!