Sekarang ni ramai yang gemar berkebun di halaman rumah. Ia seakan menjadi hobi yang mendatangkan banyak manfaat.
Mana taknya, jika selama ni kita membeli sayur, kini hanya dipetik di rumah aje.
Tetapi nak menjadikan tanaman subur ada caranya. Sebagaimana perkongsian wanita ini hanya menggunakan baja yang dihasilkan daripada baja sumber masakan boleh menjadikan tanaman subur dan lebat berbuah atau berbunga.
Ikuti perkongsian ini.
Hai Assalammualaikum. Hari ni kekya nak share jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah.
AJINOMOTO
Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.
Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi. Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.
BASUHAN BERAS
Ads
Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah.
CAMPURAN KULIT BAWANG
Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemokk.
KULIT TELUR
Ads
Kalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah.
RENDAMAN ROTI
Kekya buat juga baja roti yang dah expired. Roti amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.
Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.
Ads
Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu. Elok ja berbuah.
Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.
BAJA TAHI AYAM
Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.
Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali.
Memamg superb petua ni. Semua baja ada sisa bahan masakan dirumah. Apa lagi, selamat mencuba!
Kredit: Lidya Izzati via Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Strok Haba! Mungkin ramai yang tidak mengambil berat mengenainya namun kehadirannya harus diperakui. Orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak harus mementingkan diri dengan memandang remeh dan langsung tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Semalam, dalam kemeriahan menyambut Syawal seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah maut akibat strok haba dan dehidrasi dan pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak berusia setahun setengah akibat perkara yang sama.
Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya iaitu Nur Imani telah seminggu mengalami batuk dan muntah-muntah.
Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah.
Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut.
Seperti yang diketahui ramai, Malaysia kini mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan anak-anak anda berada dalam keadaan yang baik.
Hidup di alam rumah tangga, bermacam-macam ujian mendatang yang harus ditempuhi bagi setiap suami dan isteri. Hanya berbekalkan kesabaran dan kesetian yang tidak berbelah bahagi, akan menjadi kunci untuk terus kekal bersama.
Terbaharu kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sedang hebat diperkatakan, kononnya sedang bergolak selepas Ira Kaza didakwa menjadi punca apabila muncul sebagai orang ketiga.
Terbaru, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menarik perhatian umum apabila memuat naik mesej diterima seorang individu.
Menerusi mesej itu, individu berkenaan menyatakan pihak ketiga mendakwa pasangan itu akan bercerai selepas aktres itu balik dari menunaikan ibadah umrah pada Mei lalu.
Puteri Sarah bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan dia dan suaminya yang merupakan seorang pelakon dan pengarah itu masih lagi suami isteri.
Masih Suami Isteri
“Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la. Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak taulah apa rancangan pihak sana bercerita menyampaikan dekat orang ramai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menjelaskan suaminya masih melaksanakan tanggungjawab serta tidak mengabaikan nafkah serta dan kerap berjumpa dengan anak-anak.
“Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.