Guna Baja Dari Roti Expired Untuk Suburkan Pokok. Idea Superb Untuk Ibu-Ibu Minat Tanam Bunga!

Share

Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid. Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.

Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat