Lebihan nasi serta roti yang hampir tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Perkongsian dari Normala Saad ini mungkin dapat membantu membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Hanya menggunakan bahan terbuang dari lebihan masakan.
Lebihan nasi jangan dibuang, walaupun ianya sudah mula berkulat putih di atasnya. Kisar dengan air beras. Siram di pokok. Ia mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.
Ads
Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: Sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.
Ads
Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup…
Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi…
Ads
Torenia masa beli merimbun kemudian mulai merepvt. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa…
Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired.
Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan kebun dirosakkan oleh binatang liar.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Sebelum ini ayah saya guna minyak kibas untuk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat.
Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.
Cubalah buat, tengok teori orang kampung berkesan atau tidak.
Ini cara membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.
Hancurkan dua bahan ini. Gaul bagi sebati. Masuk dalam botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.
Kadang kala, asyik makan nasi aje, tentu boring kan. Apa kata menu berbuka puasa hari ini makan menu Western misalnya chicken cop atau lamb cop ker. Tambah kaw bila dipadankan dengan sos black pepper. Tentu menjilat jari!
Sebenarnya nak buat chicken chop mudah aje. Cuma nak buat sos tu yang susah. Jika sosnya tak menjadi, terus hilang nikmat ayam chicken cop.
Ikuti resepi viral sos black pepper untuk dipadankan dengan ayam atau daging panggang.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Resepi Sos Black Pepper Viral
Pernah nampak gambar sos viral ni?
Cikgu pun tak sangka merata-rata perginya resepi sos blackpepper cikgu pernah kongsi dulu. Jadi cikgu kongsikan lagi sekali dalam ayat lebih ringkas. Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak.
Silakan resepi lengkapnya.
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api
kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang
telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang botol kuning seperti dalam
gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).
Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
(Optional) Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak
manis.
Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna
kalau suka gelap.
* jangan guna kicap masin*
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam
kisar.
Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula
(Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah
selamat)
Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.
Berpuasa di perantauan mungkin merupakan sesuatu yang mengujakan bagi yang pernah menjejakkan kaki di bumi Madinah. Apatah lagi saat menanti detik berbuka puasa, duduk bersama-sama jemaah lain di dataran Masjid Nabawi untuk menanti masuknya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Dapat bersama-sama berbuka dengan tamar dan air, meskipun sajian ringkas namun ianya menjadi detik yang cukup istimewa dan pastinya akan terus dirindui.
Bersempena dengan itu bagi menyemarakkan lagi Ramadan kali ini, Karangkraf menganjurkan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi tujuan memberi orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi menjelang Ramadan tahun ini.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan Covid-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
“Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
“Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tazkirah Sebelum Berbuka
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank),” jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Jom sertai program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang.
Kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada Chef Amer dan dengan mendaftar RM 20, anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan berpeluang memenangi susu berkhasiat Provital Immuna Plus dan banyak lagi!