Guna Bahan Ni Saja Nak Buat Sambal Kering Ikan Bilis Jadi Rangup. Boleh Tahan Lama Untuk Hidangan Keluarga.

Share

Salah satu masakan yang menjadi pembuka selera adalah masakan sambal. Sambal ini ada dua jenis iaitu sambal basah dan sambal kering.

Sambal kering adalah masakan yang enak dinikmati bersama nasi putih. Sekali masak, boleh makan beberapa hari atau minggu.

Boleh dibuat banyak banyak dan simpan dalam bekas bertutup. Boleh tahan berminggu minggu.

Bagi yang berminat, nak buat sambal kering ni, ikuti resipi ini.

Saya nak share cara saya buat sambal kering pulak atau lebih kurang macam sambal bubur nasi marrybrown tu. Cuma versi saya lebih kering. Versi saya jugak tak guna udang kering sebab saya alergik sgt dgn udang kering. (resdung punye pasal).

Jadi saya ganti dgn ikan bilis.

Bahan-bahan:

Cili kering potong-potong – 2 cawan
Bawang merah potong2 tebal je- 1 cawan
Ikan bilis saiz kecik atau sedang- 1 cawan
Bawang putih potong2 tebal – 1/2 cawan

Goreng dalam minyak banyak. Api sederhana besar. Kalau keci sangat nanti lemau cili & ikan bilis. Kalau kuat sgt pulak nanti hangit.. kacau2 jugak bagi garing sekata..

Ni dah garing, angkat terus masuk dalam strainer besar.. sbb  tak nak minyak banyak sangat.

Masuk dalam blender kering, masuk juga garam, gula agak-agak secukup rasa atau sesedap tekak sendiri. Jangan terus masuk banyak garam, sebab ikan bilis dah agak masin, jadi masuk sikit dulu, nanti dh blend, rase.. klau ok  tak yah tambah dah. Gula pun sama, jangan terlebih sangat… kalau manis sangta pun tak sedap gak… agak-agak sedap korang jugak lah.

Saya guna blender ni tak yah tambah air atau minyak dah. Sebab saya suka nanti cili tu kering je..Tapi klau korang suka sambal tu mcm basah2 sikit, leh la tambah minyak dengan air sikit masa nak blend tu.

Ni hasil setelah di blended. Saya suka kering macam ni sebab lebih tahan lama.
Cili ni tak yah nak masak semula dah sebab semua bahan-bahan tadi dah masak masa goreng garing tadi. Leh la masuk dalam bekas kedap udara, simpan.. anytime nak mkn, amik terus ngap. Sedap ngan bubur nasi. Tapi suka hati kite semua la nak makan ngan ape pun pun, tak ada masalah.

Selamat mencuba!

Sumber: Norjihan Mohd Rawi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520