Kucing yang kencing di luar rumah, di koridor atau sekeliling rumah kita pasti meninggalkan bau yang kurang enak. Apatah lagi kalau kucing kesayangan kita ini kencing di dalam rumah. Boleh jadi rimas kalau satu rumah berbau.
Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Rasa tak selesa dan bimbang tidak disenangi tetamu. Membersihkan hari-hari pastinya amat meletihkan jika kucing kita kencing saban hari.
Bermacam-macam petua yang kita telah cuba namun masih belum menampakkan hasilnya. Si bulus kesayangan kita ini masih lagi kencing di merata-rata tempat. Perkongsian petua oleh Munie Muniroh di Facebook miliknya ini, boleh juga kita cuba.
Nampaknya petua akak menjadi. Ni untuk elak kucing kencing di tempat yang sama. Sebelum ni kencing kat luar je, sekarang ni selalu sangat kencing kat dapur.
Begitu rungutannya di facebook. Setelah buat petua guna bahan ‘panas’ ini nyata menjadi dan kucing tak lagi kencing pada tempat yang sama.
Pandai pula dorang lari pergi keluar. Sebelum ni dah cuba tuang clorox sebab kucing tak suka bau-bau gitu, tapi tak juga menjadi. Kali ni baru lah dorang tak hampir langsung dah ditempat ni!
Bahan:
Cili kering
1. Potong cili kering kecil.
2. Taburkan pada tempat yang kencing.
3. Biarkan ditabur berselerak, di seluruh kawasan.
4. Biarkan selama seminggu dan jangan di sapu. Biarkan sahaja seperti dalam gambar.
Selamat mencuba!