Guna Bahan Dapur Untuk Buat Racun Organik. Begini Stepnya, Mudah Je!

Share

Bercucuk tanam di laman rumah tentunya suatu aktiviti yang memberikan keseronokan bagi sesetengah wanita. Apatah bila tanaman yang ditanam mengeluarkan hasilnya dan dapatlah dinikmati bersama seisi keluarga.

Umumnya, antara tanaman yang lazim ditanam adalah seperti pokok cili, pandan, kari, serai, kunyit dan sebagainya. Pun begitu, menanam juga diakui punya cabarannya yang tesendiri umpamanya berdepan degan serangan serangga perosak. Jika dibiarkan, lama kelamaan pokok akan mati.

Selain perlu dibaja untuk memastikan hidup subur, rutin membaja juga perlu diberi tumpuan. Namun jika tidak mahu menggunakan racun kimia, adalah disarankan untuk anda hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan olahan daripada bahan yang sedia ada di dapur sahaja. Ianya cukup mudah dan menjimatkan.

Cara dan bagaimana penyediaannya, ini dikongsikan infonya daripada page Pejabat Pertanian Daerah Kulai. Jom baca dan semoga bermanfaat.


 

Buat Racun Organik homemade

Bahan A (dikisar)

 

Bawang putih 1 labu
Cili padi 6 biji ( kalau kecil tambah jumlah biji )
Air 300 ml @ 1 cawan

Bahan B

Minyak masak 1 sdb ( apa brand pun boleh )
Sabun pencuci pinggan 1 sdb ( admin guna sunlight )

CARA :

1. Setelah dikisar bahan-bahan A, tapis dan ambil patinya.
Hampas kisaran boleh dijadikan baja.

 

2. Simpan di dalam bekas & untuk tahan lama, simpan dalam peti ais.

3. Masukkan 100ml pati dan campurkan Bahan B ke dalam tong spray 1.5 liter dan isi air penuh.

4. Goncang sehingga bahan sebati. SIAP!!

Sembur sampai basah daun terutama bahagian bawah daun 3x/hari pada pokok bermasalah.

SELAMAT MENCUBA!!
SEMOGA BERMANFAAT!

sumber : Pejabat Pertanian Daerah Kulai