
Sudah tentu kecewa apabila mendapati tanaman rosak disebabkan serangan serangga. Akibatnya daun jadi rosak, tentu pokok pun tidak dapat tumbuh subur.
Nak tahu cara yang mudah bagi memulihkan Kembali daun yang rosak ikuti petua wanita ini. Mudah aje guna air rebusan bunga cengkih!
SEMBURAN BUNGA CENGKIH
Hari ini saya kongsikan cara yang selamat tanpa bahan kimia utk pulihkan daun yang rosak akibat diserang bena,ulat,semut hitam dan sebagainya.
Cara cara saya sertakan di setiap pic di bawah. Ikut step by step.






Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk memastikan tanaman kekal subur.
Sumber: Liyana Mohd Poad
“Tahniah Dapat Sepasang.” Faye Kusairi Kongsi Berita Gembira, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Kisah pelakon Faye Kusairi yang mengalami Bell Palsy baru-baru ini mengejutkan ramai lihak terutama peminatnya. Lebih-lebih lagi dia sedang mengandung.
Artikel berkaitan: “Separuh Muka Sebelah Kanan Lumpuh.” Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Kena Serangan Bell Palsy, Mohon Doa Semua!
Terbaru, pelakon tersebut berkongsi berita gembira selamat melahirkan bayi perempuan.
Assalammualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Terima kasih buat semua yg tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni. Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.

I will share gambar baby soon bila sudah betul2 bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.
Thank you all for your support, love, respect and kindness. 😘❤️
Sumber: fb Faye Kusairi
Ada Masa isteri Perlu ME TIME Bersama Kawan, Tak Perlu Selalu Atau Kerap. Bukan Nak Kata Bosan, Tapi Jika Suami Buka Mata Akan Nampak Keperluannya

Mencari sahabat buat isteri. Mungkin ada yang beranggapan lain apabila membaca ayat tersebut. Baca apa yang ingin disampaikan oleh saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya.
Mencari sahabat buat isteri.
Bayangkan anda seorang suri rumah. Anda berada di rumah, membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, memasak, mengemas, menghias dan menjaga anak-anak.
Seharian aktiviti anda dipenuhi dengan tugasan ini sambil menunggu orang yang dicintai pulang untuk kembali menjadi manusia biasa.
Manusia biasa yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mempunyai kawan dan sahabat yang boleh dibawa berbual. Bukan mengumpat, tapi berbual.
Lepas kahwin tak perlu kawan ! Itu kata-kata suami yang memandang isteri seperti satu alat, seperti satu perkhidmatan atau servis buat dirinya.
Kita jangan jadi seperti itu. Isteri ini adalah manusia biasa. Isteri suri rumah paling utama kerana tiada kawan lain selain suaminya. Jika ada rezeki, ada anak-anak untuk mengisi jiwanya sementara menunggu suami pulang.
Namun, suami ialah suami. Kawan ialah kawan. Lelaki ialah lelaki, wanita ialah wanita. Sehebat mana suami pun, kami tidak mampu berfikiran 100% seperti wanita. Ada benda yang walapun sudah menjadi isteri, masih malu untuk dibualkan bersama suami kerana ianya perkara wanita.
Perkara-perkara seperti alat solek, perhiasan, deko, pakaian, masakan, jualan murah, anak, keluarga dan lain-lain lagi. Ramai suami yang boleh borak benda-benda ni, tapi takkan sedalam seorang wanita. Kita lelaki, tahu warna biru, warna hijau, mereka tahu warna tiffany blue, pink belacan, dusty pink, apa benda ni? Ini namanya wanita punya pandangan. Lelaki ada tahapnya. Sampai satu tahap tu, kita tak rasa perlu untuk tahu. Warna-warna itu contohnya. Tapi bukan wanita. Benda tu penting bagi mereka.
Jadi, untuk mengisi satu ruang khas untuk berkawan di hati isteri, berilah dia ruang. Ada masanya isteri perlu ME TIME bersama kawan-kawannya. ME TIME ini ialah masa peribadi seseorang yang tidak diganggu pasangan. Bukan perlu selalu atau kerap. Tetapi cukup untuk mengembalikan norma kehidupan kepada isteri.
Jadi, beberapa hari lepas saya menghantar isteri saya Nora Azni untuk membuat rawatan rambut di sebuah Salon mesra Muslimah bersama 3 orang sahabat yang dikenali dari 3 tempat yang berlainan. Seorang jiran Mulan Chayank, seorang bisneswomen Aiza Ab Aziz dan seorang kenalan dari Facebook Aniza Zakaria.
Saya mengambil alih tugas beberapa jam menjaga anak-anak supaya dia tidak diganggu. Saya pesan, jangan risau pasal kami. Saya boleh jaga. Tak perlu rasa kena balik cepat. Saya tak nak ada perasaan tergesa-gesa.
Terpancar kegembiraan di muka isteri sewaktu melangkah keluar dari kenderaan, menuju ke salon. Melihat isteri tersenyum sebegitu telah menjadi matlamat hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Isteri ini kadang-kadang dia tak bagitau. Tapi jika kita buka mata, kita akan nampak keperluan-keperluan kecil dia. Bukan nak kata dia bosan, tetapi kita nak pandangan dia luas. Isteri yang bekerja, keluar hari-hari melihat dunia, tetapi bukan isteri suri rumah. Jadi, tanggungjawab suami untuk bawa dunia kepada dia.
Alhamdulillah sesi ME TIME berjalan dengan amat gembira hasil keriangan isteri selepas pulang sambil melibas-libaskan rambutnya. Ya, membuat rawatan rambut ini amat penting. Jangan memandang rendah. Rambut wanita dan lelaki tidak sama. Mereka lebih panjang, lebih lebat, lebih perlu penjagaan.
Bantulah isteri anda, beri apa yang mereka perlukan mengikut kemampuan. Jika rawatan rambut itu kosnya RM100. Kumpul la RM10 sebulan. Bukan suruh buat hari-hari. Jangan membesarkan benda yang seringkas ini.
Di samping rambut yang sihat, mereka juga boleh bersama-sama kawan menjadi seorang wanita normal.
Saya sentiasa percaya isteri ini umpama layang-layang. Biarkan ia bebas mengikut angin, melihat kehidupan, membuka mata, merasai kegembiraan terbang tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih terkawal dengan tali perhubungan yang kemas. Biar angin kuat melayang dia ke sana, sini, ia tetap akan pulang ke pangkuan yang dicintainya.
Jom bawa isteri anda ke salon !
Kongsikan penulisan ini supaya terdetik idea ini di dalam kepada para suami. Janganlah ingat perkara ini menyusahkan kerana isteri yang gembira bakal menggembirakan semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Fatimah Abu Bakar Lega, Semua Empat Anak Perempuannya Telah Bergelar Isteri

Tiada apa yang membuatkan ibu bapa berasa lega dan berlapang dada bila mana anak-anak perempuannya telah bertemu jodoh dengan pasangan hidup yang sehati sejiwa.
Sabtu lalu, pelakon Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Ahmed Faris dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Memetik BH Online, ibu kepada pelakon itu iaitu aktres yang guru lakon, Fatimah Abu Bakar meluahkan rasa syukur anaknya itu bertemu dengan lelaki ‘sekepala’ dan memahami dirinya.
“Akhirnya, lengkap keempat-empat anak perempuan sudah bergelar isteri orang. Biarpun dua adik Nani iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha lebih dulu bertemu jodoh atau melangkah bendul, saya bersyukur dia (Nani) dikurniakan suami yang baik dan serasi.
“Alhamdulillah, keluarga mentua pun menerima Nani dengan baik dan begitulah sebaliknya,” katanya.
Harapan & Pesanan
Sebagai ibu sudah tentu dia mengharapkan anaknya itu bahagia serta mendoakan Amani dan menantunya itu bersama-sama menjaga bahtera rumah tangga yang dibina.
“Mereka kena jaga, hormat dan sokong antara satu sama lain. Nani dikurniakan Med dan begitulah sebaliknya… saling melengkapi. Moga bahagia melayari mereka sampai Jannah,” katanya.
Turut berkongsikan tips rumah tangga, Fatimah turut menitipkan pesanan buat Amani dan Faris tentang kehidupan rumah tangga serta saling menghargai.
“Banyak bersabar kerana mendirikan rumah tangga ini umpama permainan ‘roller coaster’, ada turun dan naik. Pandai-pandailah kemudi. Apabila berada dalam dakapan bahagia, jangan lupa diri.
“Apabila diuji seperti pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit’, usah cepat putus asa. Kena banyak bertolak ansur,” pesannya.
Terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui dia terpikat dengan kebijaksanaan Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta serta pandai mengambil hatinya.
Meninjau di ruangan komen, wargamaya mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga ramai mengatakan Sharifah Amani dan suami mempunyai iras wajah yang sama. Didoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club