Guna Adunan Istimewa Ini Untuk Pastikan Potato Cheezy Stick Sedap Dan Tak Lembik. Nak Pancing Selera Anak , Boleh Cuba Nanti!

Share

Waktu berpuasa, kadang kala ibu-ibu pening kepala memikirkan apa menu yang boleh menarik selera anak-anak. Tambah-tambah lagi jika anak anda jenis yang memilih makanan. Kalau di masak tak ikut selera nanti, sikit sahaja mereka kan.
Jika anak anda suka makan kentang, apa kata petang ini cuba resipi Potato Cheezy Stick oleh Azua Eida

ini. Mana tahu boleh pancing selera mereka waktu berbuka nanti. Selamat mencuba!


Arini kite tak buat kuih. Sebabkan kentang banyak so kite buat Potato Cheezy Stick.

Guna bahan apa yang ada kat rumah aje sebab tetiba je rasa nak buat dengan anak-anak sebelum prepare masak lauk berbuka.

Cara membuat:

Rebus kentang hingga empuk. Saya rebus 7 biji kentang


Disebabkan takder keju mozarella. Saya letak cheesedale je 4 keping.


Lenyekkan sampai lumat dan sebati.


Masukkan 1sb tepung gandum + secubit garam.  jika terlalu lembek, boleh tambahkan tepung…agak-agak ye


Uli sampai doh jadi macam ni.

Bentukkan ikut suka. Jika suka bulat, boleh bulatkan dan boleh tambah keju kiub masukkan kat dalamnya. Lagi cheezzyyy.

Salutkan dengan telur. Saya guna sebiji telur sahaja. Tak perlu garam. Tujuannya supaya Serbuk Roti melekat sahaja.


Salut dengan serbuk roti.

Ok siapp!

Sumber:Azua Eida