Bagi yang suka memasak kek tentu akan mencari resipi yang mudah dan bahan-bahan yang tak banyak tentu suka jika ada resipi senang.

Ia termasuk perkongsian cara membuat kek keju oleh Fatin Mohammad . Menarik cara yang dikongsi.

Guna 4 Bahan Aje Resipi Kek Keju Ni. Patutlah Ramai Viral.

Tudiaa hitam merlipp sungguh nohh. Takpa walaupun rupanya tidak ku kenal, tapi rasanya tetap menjadi pujaan hatiku. Dah berapa lama dah ayah dok tunggu anak dia balik cuti buatkan kek cheese. Ayah kami suka makan kek yang lembut² gebu² jenis masuk² mulut terus cayaq gitu. Bila dapat tau anak dia nak balik, sanggup balik kerja pi beli barang buat kek dulu. Gigih sungguh laa tak sampai hati nak tolak.. Jadi malam ni, untuk pertama kali kami coba buat kek viral Basque Burnt Cheese Cake guna 5 bahan jaa.. Serius memang cepat dan senang. Mak² mesti suka ni buat sebab kerja cepat kan 

Alhamdulillah menjadi jugak kek kami ni haa. Ayah kata sodap. Bukan senang nak dengaq orang lelaki ni puji  kami share resepi untuk rujukan kot² mana tau mood rajin nak buat tu mai tiba². Kot rajin laa. Kalau malaih tak tau la labuu 

IKLAN

Bahan² (ada dalam gambar):

Guna 4 Bahan Aje Resipi Kek Keju Ni. Patutlah Ramai Viral.
500 gm cream cheese
150 gm gula castor
4 biji telur
15 gm tepung gandum (diayak)
250 ml whipping cream

Guna 4 Bahan Aje Resipi Kek Keju Ni. Patutlah Ramai Viral.

IKLAN

Cara²:
Cream cheese dah lembut, pukul dengan gula castor sebati.
Masuk telur satu per satu. Kacau.
Tepung masuk sikit sikit. Kacau sebati
Last, masuk whipping cream kacau guna spatula jaa kaup balik. Jangan kacau tak mau² pulak. Lemah lembut gemalai je gituh.
Panaskan oven awai² suhu 200 dalam 10 min.
Letak alas patchment paper atau kertas minyak dalam loyang. Masuk adunan. Nak kek cun melecun guna loyang saiz 6″ atau 7″ tau. Kami guna 8″ sebab tu kek kami pendek kemetot sikit.
Bunyi tingg.. Masuk adunan dalam oven. Set lagi sekali suhu 200 bakar 1 jam.

Tunggu dengan sabaq sambil layan drama. Bunyi ting. Off oven. Keluarkan dia bagi sejuk dulu. Then baru boleh potong dan makan. Jangan lupa baca Bismillah yaa
Nak lagi sodapp, masuk peti aih. MasyaAllah nikmatnya tak boleh bawak bincang. 

Saya izinkan share. Mintak tolong doakan perjalanan tesis saya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak grade dengan jayanya, nanti boleh duduk lama sikit dengan mak ayah sebelum kahwin. Sedih pulak, okaylah kami nak sambung buat tesis, sebab mak kata mak nak teman kami.  Makasih semua. 

IKLAN

Kredit: Fatin Mohammad 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI