Pastinya setiap orang wanita ingin kelihatan cantik. Dengan itu pelbagai petua dan pemakanan yang diamalkan untuk sentiasa kelihatan menawan biarpun usia semakin meningkat. Melalui perkongsian Seri Sairi memberikan petua agar wajah kembali berseri yang diamalkannya. Jom semak caranya menjaga kecantikkan wajah.


PETUA UNTUK WAJAH PINKISH BERSERI-SERI

Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.

Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.

Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran. Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.

Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.

Boleh diamalkan seminggu 2 kali.

Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish

Ads

Bahan

Susu rendah lemak
2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar
Badam ditumbuk kasar
2 sudu madu

Caranya

Masukkan susu rendah lemak di dalam periuk
Kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan.
Masukkan pula badam dan kacau sebati.
Masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam.
Selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.

Ads

Guna 4 Bahan Aje Nak Naik Seri Wajah Jadi Pinkish. Guna Bahan Dapur Aje  Guna 4 Bahan Aje Nak Naik Seri Wajah Jadi Pinkish. Guna Bahan Dapur Aje 

Khasiat susu

Mengurangkan stress
Mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)

Khasiat madu

Ads

Mengatasi insomnia
Memperlambatkan penuaan
Menjaga kelembapan kulit

Khasiat badam

Rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
Turunkan berat badan
Melancarkan peredaran darah

Khasiat kunyit

Kurangkan tahap kolestrol dalam badan
Memperbaiki sistem penghadaman
Mencegah kanser

Selamat mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI