
Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini, tentu ada yang sudah mengamalkan cara hidup berjimat cermat. Lebih lagi buat yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pemotongan gaji. Segala perbelanjaan harian terpaksa dibajet secara hemah.
Namun kadang tentu ada mood ‘craving’ ingin menjamah hidangan makanan atau minuman mahal. Salah satunya air minuman kegemaran ramai yang berharga berbelas ringgit untuk satu gelas!
Bagi yang teringin boleh cuba buat sendiri di rumah, rasa pun sama ala starbuck!
Mudah je, guna 3 bahan
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-bahan:
– Susu coklat (sy guna farm fresh premium choc milk, tak manis tak muak, SEDAP!
– Choc chip (lebihan buat biskut raya )
– Ais
Cara-Cara:
1)masukkan semua bahan lepastu blend
Senang je kan, rasa ala2 choc cream chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy
Update : kalau nak rasa java chip (mocha) boleh tambah cafe latte farm fresh
Sumber: Mohd Fadzli
“Tak Dapat Bayangkan Dia Berjalan Ke Kereta Dengan Bayi Baru Dilahirkan…”- Kereta kena Double Park, Tindakan Doktor Ini Dipuji Netizen!

Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.

Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Ibu Anak Dua Ni Walau Sibuk, Suka Tanam Hydrangea Di Laman Rumah. Ni Dikongsikan Tip Untuk Yang Nak Mencuba!

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Walau tidak berbau harum, namun hydrangea punya kelasnya yang tersendiri.
Umumnya, ramai antara kita suka membeli bunga ini di kedai-kedai bunga walau pun harganya sedikit mahal untuk dijadikan penyeri di ruang kediaman malah sering juga dijadikan sebagai bunga hiasan dulang hantaran. Memang nampak sempurna dan cantik semulajadi!
Dan kita sering beranggapan pokok bunga ini jika ingin ditaman sukar penjagaannya apatah lagi kita membayangkan pokok bunga ini sesuai hidup ditempat sejuk. Namun tahukah anda, Puan Hasifah yang juga merupakan peniaga online walau sibuk, masih ada masa untuk menanam dan menjaga pokok bunga hydrangea di laman kediamannya. Nyata, pokok hydrangea hidup subur dan berbunga lebat, mungkinkah juga mudah dijaga? Untuk itu, nak tahu lebih lanjut jom baca perkongsiannya itu.
TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA
Ini Hydrangea Macrophylla. Saya suka sgt pokok ni sebab senang tanam, senang jaga. Berbunga dgn berkali-kali. Selain kebun bunga ros, saya buat kebun hydrangea di belakang rumah. Bunga Hydrangea tahan lama dan sangat cantik.-Hasifah
Tips tanam hydrangea:
1)Pertama sekali adalah pemilihan lokasi. Pilih spot yg panas pagi selama 6 jam dan akan teduh pada waktu petang. Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu. Bila teduh sepanjang hari pulak, hydrangea kita takkan berbunga.
2)Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air.So siram pagi dan ptg.Sb tu perlu tempat panas 6 jam sahaja.
3)Jangan siram masa tgh panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan jadi melecur perang-perang.
4)Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sgt cepat membesar dan bercabang. Space yg kecil akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ni boleh jadi tinggi dan rimbun. Daun cepat membiak dan pucuk bercambah.
5)Masukkan tanah hitam organik kedalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dpt zat.
6)Baja setiap 2 minggu.Baru pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Saya guna baja bunga organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jgn tersentuh batang pokok. Tapi letak berdekatan dgn area akar dibawah tanah. Supaya lepas siram, baja akan meresap ke dalam tanah. Akar akan dot zat.
7)Potong bunga hydrangea yg dah makin layu untuk galakkan pucuk baru yang seterusnya akan jadi bunga baru. Bila kita potong, baru pucuk naik di cabang lain. Pokok cepat tinggi.
8)Cabut rumput sekeliling pokok. Sebabnya rumput akan curi zat dan jadi pesaing.
9)Kawal pesticides yg suka makan daun pokok.
10)Give love to your plants. Setiap hari melawat pokok dan perhati dgn kasih-sayang. Perhatian kita sendiri akan buat pokok kita gemuk.
Sekarang musim hujan pun, daun tak jadi kuning atau layu. Ulat bulu juga tak kacau daun hydrangea. Senang betul jaga. Ini gambar pokok saya dah besar dan selepas saya prune bunga lama. Pokok dah start tinggi.
Badan Asyik Letih Aje, Ini Cara Mudah Buat Minuman Detoks, Rupanya Hanya Guna Teh Herba!

Seharian bekerja memang membuatkan badan mudah letih. Tambahan pula faktor usia dan tidak menjaga pemakanan serta tidak bersenam secara konsisten boleh mengakibatkan badan lesu dan tidak bermaya.
Tidak dinafikan ada yang mengamalkan makanan tambahan untuk ‘booster’ tenaga agar lebih cergas.
Namun tidak salah untuk kita mengamalkan petua yang menggunakan bahan-bahan herba.
Nak tahu caranya jom lihat perkongsian puan Fyza Shah menyediakan bahan-bahan untuk membuat minuman detoks.
PETUA DETOKS TOKSIN HILANGKAN LETIH BADAN
Teh herba detoks ni kak Fyza buat sempena meraikan jerawat batu besar bertenggek kat dagu. Dah, asyik travel je. Masuk kelas sampai otak jadi jem stress. Kikiki. ?
Pastu air masak tak cukup. Jogging pon dah jarang. Asal letih je cari kopi. Malam-malam jadi burung hantu tido lewat-lewat.
Badan tak cukup rehat, kita jadi stress. Hormon terus jadi tak seimbang. Kulit jadi kusam. Jadi,tak hairan kenapa kulit muka pon keluarkan jerawat secara tiba-tiba kan.
Semalam, kak Fyza cuti pastu terus rajin kan diri buat teh herba lemon ni untuk tendang keluar semua toksin lama terkumpul. Kali ni kak fyza rebus semua bahan. Sebab nak hirup panas-panas sambil pejam mata menikmati aroma teh herba lemon bersulam madu ni.
Bahan-bahan mudah:
Teh herba cina – 2 sudu (beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)
Lemon sebiji dihiris bulat-bulat
Halia 2 inchi dihiris nipis
Rose bud secukup rasa (agak-agak je, beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)
Madu 2 sudu besar
Cara buat:
Didihkan air panas dalam periuk kecil.
Letakkan teh herba 2 sudu.
Agak-agak air dah jadi kuning-kuning sebab teh herba tu, masukkan halia diikuti lemon, rose bud. Biarkan kejap supaya semua khasiat bahan tadi turun ke dalam air.
Bila nampak semua bahan dah sebati, warna dah makin pekat, tutup api. Untuk lipat kali gandakan zat, kak fyza gantikan madu berbanding gula sebagai pemanis
Sekali hirup, nak lagi. Masam-masam lemon, manis madu. Aroma herba teh dan lemon menusuk hidung, berpeluh- peluh dahi setiap hirupan. Peluh tu yang kita nak sebab bantu
percepatkan lagi toksin jahat keluar. Badan terasa hangat sekejap. Wallaaah.
Kak fyza minum waktu malam sebelum tido. Sebab malam kita kena rehat untuk badan restore balik sel-sel yang terjejas dengan macam-macam aktiviti kita yang memenatkan, makanan dan minuman yang kurang berzat.
Amalkan selalu, badan akan lebih sihat. Toksin kurang, badan terasa ringan. Jerawat pon takut-takut nak muncul diri. Lebihan air ni kak fyza simpan peti sejuk. Esok pagi ke balik kerja keje boleh minum sejuk-sejuk atau boleh je nak panaskan sekejap. Sejuk pon best, segar hilang terus letih badan.
Sumber: Fyza Shah
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club