Memiliki kebun tanaman berdekatan hutan banyak masalahnya. Apa tidaknya, pengusaha terpaksa berhadapan dengan haiwan perosak atau haiwan liar yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya jika tiada orang yang menjaga sepanjang masa.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Saudari Norfaizah Aziz menerusi laman facebooknya berkongsi petua mudah dari ayahnya. Jom kita cuba petua mudah ini!
Sebelum ini ayah saya guna minyak kibas untuk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat.
Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.
Cubalah buat, tengok teori orang kampung berkesan atau tidak.
Ini cara membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.
Hancurkan dua bahan ini. Gaul bagi sebati. Masuk dalam botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.
.