Guna 1 Bekas Boleh Tanam 8 Sayur, Begini Lelaki Ni Tunjukkan Cara Buatnya & Memang Jimat Ruang!

Share

Benarlah kata orang, tidak rugi berbakti kepada tanah. Selain dapat mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan diri, hobi bercucuk tanam sayur-sayuran ini dikatakan boleh dijadikan  terapi yang menenangkan fikiran.

Yelah, siapa yang tidak gembira bila ada tanaman sayur-sayuran yang hidup subur menghijau, bila sampai masa boleh dituai dan dinikmati hasilnya.

Pun begitu, jika ruang tanah di kediaman anda tidaklah seluas mana, namun anda ingin bercucuk tanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, jadi bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan oleh Iszaynuddin ini. Walau dengan hanya satu bekas tanaman, namun dia boleh menanam 8 pokok sayur di dalam bekas tersebut. Menarik bukan?

Jadi ikuti perkongsian penuhnya di sini.

Bagi yang nak bercucuk tanam tapi tanah terhad. Saya kongsikan bagaimana memanfaatkan botol sabun sebagai bekas tanaman. Satu botol boleh digunakan untuk 8 pokok sayur dan sangat menjimatkan ruang. Moga memberi manfaat.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Botol bahan pencuci
Pisau
Soldering iron
Botol Kaca

Cara buat :
1. Bekas sabun yang ingin digunakan dicuci bersih dan dipotong bahagian atasnya menggunakan pisau yang telah dipanaskan di atas api.


2. Gunakan soldering iron untuk membuat lubang pada bahagian tapak bekas. Buatkan beberapa lubang untuk aliran air.


3. Ambil pisau dan panaskan lagi di atas api buat seketika.


4. Sementara itu, lakarkan garisan lurus di beberapa bahagian dengan jumlahnya 7.


5. Kemudian dengan menggunakan pisau yang telah dipanaskan tadi,  potong garisan tersebut.


6. Setelah itu lalukan bahagian bekas yang dipotong dengan api yang kecil untuk jadikan ia lembut.


7. Kemudian ambil botol kaca dan masukkan ke dalamnya seperti ini.


8. Setelah itu, lalukan air paip agar bentuknya kekal seperti yang kita inginkan dan barulah dikelaurkan botol tersebut.

9. Siap dan bolehlah diisi tanah dan ditanam anak benih  sayur di dalan bekas ini.

Ekstra info :

  1. Semai anak benih terlebih dahulu di dalam  tray semaian. Bila sudah keluar 5 daun baru alihkan ke dalam bekas ini.
  2. Setelah alihkan letakkan ditempat redup dalam seminggu bagi akar dia develope. Dah agak ok boleh alihkan ke direct matahari.
  3. Saya gunakan baja NPK 18:18:18. Dibancuh dalam air mengikut sukatan dari pembekal.
  4. Siram air tersebut 3 hari sekali.

Sumber : Iszaynuddin Abd. Hamid 

 

 

ARTIKEL MENARIK:Walau Dah Buat Bisnes Tapi Gagal Juga Nak Menyimpan, Wanita Ni Kongsi Solusinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club