Gulai ‘Tumis Darat’ Petua Opah Ini Guna 3 teknik Sahaja. Terlajak Cepat Dan Confirm Sedap, Jom Cuba!

Share

Kalau sebut ‘Tumis Darat’, pasti orang utara sangat sinonim dengan kaedah ini. Lebih-lebih lagi jika mahu masak ikan kering. Nak nak lagi dicampur dengan Nenas, Terung atau pun Pisang muda. Perghhhh meleleh liur tau!

Bagi ibu-ibu yang tak pernah tapi nak cuba kaedah ini, jom ikut perkongsian dari Hasnita Shaari ini. Moga bermanfaat untuk anda sekeluarga. Petang ini boleh cuba kan kalau ada bahan-bahannya!


Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.

Cara memasak:

1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.

2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.

3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.