Gulai Ikan Ayo, Orang Pantai Timur Memang Power Buat. Nak Cuba Masak, Ni Resipinya!

Share

Sekali sekala mencuba menyediakan menu dari Pantai Timur untuk ahli keluarga mencuba rasa tidak salah kiranya kita sajikan hidangan nan satu ini;Gulai Ikan Ayo . Bukan sahaja mudah disediakan malah kelemakan rasa kuahnya memang istimewa. Enak dimakan bersama nasi panas. Jadi apa kata kita mencuba resipi ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhammad Syazwan Ahamd di fb group MAHN. Jom semak.

Hari tu p kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.

Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.

.

Bahan-bahan:
Ikan Ayo Kurik (juga panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.

Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)

Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih

Kacang panjang
Lada solok

Cara Penyediaan :

.

1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.

.

3. Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.

.

4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.

Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.